Afrika Selatan menghidangkan cabaran getir buat pemenang peraduan Shell Helix

By  |  0 Comments

A Shell Helix Driven to Extremes World Championship participant in action

Seramai 190 orang peserta dari 23 buah negara, termasuk enam pemenang bertuah Shell Helix dari Malaysia, telah menempuh cabaran yang menguji kemahiran memandu mereka di Kejohanan Dunia Driven to Extreme Shell Helix 2013 yang berlangsung di Afrika Selatan baru-baru ini.

Wakil peserta dari Malaysia terdiri daripada Chew Yeah Fah, Ching Chi Yee, Ho Chee Kin, Ho Yung Shih, Sarfarizal Md Saat dan Gan Yong Li. Di mana mereka telah bersaing dengan peserta dari negara lain dalam cabaran merentasi ekspedisi selama dua hari dengan memandu di laluan getir seperti jalan gunung, beting pasir dan sebagainya. Kerjasama di dalam pasukan amat penting dan keupayaan mereka diuji di dalam pelbagai cabaran tersebut.

??????????

Memandangkan persaingan yang begitu sengit, peserta dari Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan wakil dari Jerman yang diangkat sebagai pemenang di dalam kejohanan terbabit.

Menurut Pengurus Jenama Global Shell Helix, Leila Prati berkata, “Semua peserta telah menjalani latihan terbaik sebagai persiapan. Selain merentasi pelbagai corak cabaran, mereka juga diajar bagaimana untuk memilih bahan api yang terbaik bagi membantu mengoptimumkan prestasi enjin. Shell Helix berbangga kerana telah memberikan pengalaman luar biasa kepada semua peserta.”

Peraduan Shell Helix “Can You Handle the Extreme?” yang diadakan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2013 lalu terbuka kepada pelanggan yang membeli pek empat liter minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra atau daripada rangkaian teknologi sintetik Shell Helix HX7 yang termasuk HX7, HX7 E dan HX7 Diesel. Dan ia merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan dengan format interaktif yang menarik dan hadiah yang hebat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *