Proton Iriz EV prototaip dibangunkan oleh LG di Korea

By  |  1 Comment

proton-iriz-ev-lg-korea-8-e1412148901739

Bukan setakat sedang membangunkan teknologi kamera stereo ADAS dan lampu NEXLIDE untuk Proton Iriz, LG Electronic juga dilihat komited dalam menghasilkan prototaip bagi model Iriz EV.

Perkhabaran ini dipaparkan menerusi laman sosial FB peribadi milik Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamed (TokPa) siang tadi.

Foto ini dirakamkan di fasiliti R&D LG di Incheon, Seoul, Korea Selatan, dalam kunjungan TokPa ke sana bagi melihat dan menguji model prototaip ini.

Difahamkan Iriz EV ini dijanakan oleh kuasa elektrik sepenuhnya dan mampu dipacu sehingga 240 km dengan bateri yang dicas penuh.

Dua minggu lalu, CEO Institut Automotif Malaysia (MAI) Madani Sahari, turut membuat pendedahan bahawa model prototaip bagi EV hasil pemasangan tempatan sedang dibangunkan dan dijangka siap menjelang September 2015.

Adakah ia memberikan petunjuk bahawa jalinan usaha sama antara Proton dan LG ini merupakan penghasilan model Iriz EV seperti mana yang dipaparkan menerusi FB TokPa ini?

Tunggu!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *