Indonesia bakal mendominasi sektor eksport automotif ASEAN – The EIU

By  |  0 Comments

car-sale-img

Laporan terkini dari Economist Intelligence Unit (The EIU), meramalkan bahawa Indonesia bakal mendominasi sektor eksport automotif bagi negara ASEAN sekali gus mengambil alih tempat Thailand.

Menurut The EIU, Indonesia berpotensi untuk ‘merampas’ takhta Thailand sebagai “Detroit of the East” apabila ia mengalami integrasi ekonomi dalam beberapa tahun akan datang.

Ia merupakan salah satu kesimpulan menerusi laporan baharu The EIU yang bertajuk “ASEAN automotive: Looking to 2015”.

Menurut The EIU, negara yang menganggotai ASEAN berhasrat untuk membentuk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada akhir tahun depan, meliberalisasikan lagi perdagangan dan meningkatkan kerjasama ekonomi. Namun, ada kemungkinan juga ia gagal untuk direalisasi berdasarkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya seperti Singapura atau Brunei dengan negara miskin seperti Laos dan Myanmar.

Walau bagaimana pun, halangan tarif dan bukan tarif dijangka jatuh, membebaskan pasaran perdagangan dan buruh di rantau ini serta meningkatkan persaingan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

20140822_092447

Namun pelbagai sektor telah bersiap sedia untuk merebut peluang meningkatkan ekonomi serta bertahan daripada ancaman yang berisiko tinggi termasuk ketidaksamaan peluang antara negara berkenaan. Ini termasuklah sektor automotif sendiri, di mana syarikat pengeluar kenderaan semakin terbuka fikiran dengan melihat potensi rantau ini yang mampu berkembang pesat dan ia sangat sesuai untuk dijadikan fokus strategi global mereka.

Di mana buat masa ini, sebanyak 10 buah negara ASEAN telah mampu meningkatkan jualan kenderaan sehingga 3.6 juta unit setahun. Malah jumlah ini dijangka meningkat dalam tempoh lima tahun yang akan datang, sekurang-kurangnya 5.3 juta unit.

Disebabkan populasi yang begitu besar dengan peningkatan ekonomi yang cukup memberangsangkan, Indonesia dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi pengeluar dan pengguna terbesar kenderaan di rantau ini.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, banyak jenama kenderaan antarabangsa memilih negara berkenaan sebagai hab pengeluar kenderaan bagi rantau ini. Jika sebelum ini, Thailand menjadi pilihan utama, namun kini ia terpaksa bersaing dengan Indonesia pula.

Perodua_Axia_Standard_vs_Advance_ 005

Laporan ini turut menyebut, Malaysia yang kini menjadi pengeluar ketiga terbesar di ASEAN, mungkin menerima tempias yang kurang memberangsangkan jika AEC terbentuk. Di mana Proton dan Perodua terpaksa berhadapan dengan persaingan yang amat sengit dengan jenama dari luar. Malah ia juga mungkin membuatkan negara kita terpaksa melalui saat getir untuk mempertahankan kedua-dua jenama ini, khususnya Proton yang dilihat agak kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimana pun, dengan pelancaran model baharu Proton iaitu Iriz, diharap jenama ini bersedia untuk bangkit kembali dan sekali gus mengubah pesepsi luar bahawa mereka masih mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan diyakini. Serta harapan untuk menembusi pasaran luar juga berjaya terutamanya apabila Proton kini berada di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai bapa automotif negara.

Iriz_Ext_04

Namun negara ASEAN lain termasuk Vietnam dan Filipina mungkin menerima kelebihan daripada AEC ini apabila dilihat memiliki peluang yang lebih cerah untuk menerima kemasukan pelabur dari negara luar. Malah sekali gus memperluaskan pasaran automotif negara berkenaan.

Menurut Ana Nicholls iaitu Ketua Analisis Automotif bagi THE EIU, ini adalah peluang besar bagi rantau ASEAN untuk menarik pelaburan dari pengeluar kenderaan global untuk pasaran domestik dan serantau. Memandangkan keupayaan industri auto terbukti untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, pihak kerajaan perlulah memastikan negara mereka bersedia berhadapan dengan cabaran dalam industri ini termasuklah menyediakan prasarana dan khidmat sokongan yang diperlukan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *