Ford Fiesta 1.5 Edisi Khas sempena ulang tahun ke-111 – Berharga RM91,888

By  |  0 Comments

New Ford Fiesta SE with full body kit, SE decals, Day Time Running Lights, Subwoofer, Ultra lights and more

Sempena meraikan ‘Bulan Warisan’ bagi menyambut ulang tahun syarikat yang ke-111, rakan pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), telah memperkenalkan Fiesta 1.5L Edisi Khas untuk dibeli di Semenanjung Malaysia bermula 14 Jun.

Ditawarkan pada harga RM91,888, varian Fiesta 1.5L Edisi Khas didatangkan dalam warna putih (Arctic White). Ia hanya terdapat dalam 100 unit sahaja.

Ford Fiesta Edisi Khas menampilkan rekaan signatur Fiesta baharu yang penuh gaya, di samping pelbagai ciri keselamatan dan pintar yang ada pada varian 1.5L. Ini termasuklah Ford SYNC™, Kawalan Kestabilan Elektronik, dengan Sistem Kawalan Cengkaman, Hill Launch Assist, Kemasukan Kunci Pintar (Smart Keyless Entry) bersama butang penghidup enjin dan sistem bantuan parkir (Rear Parking Aid) dengan Park Pilot.

New Ford Fiesta SE with Ford SYNC, ESC with Traction Control , Hill Launch Assist, Smart Keyless Entry, Push Start Button and Rear Parking Aid with Park Pilot

Ciri tambahan yang dipasang pada Ford Fiesta Edisi Khas ialah kit badan penuh, pelekat SE, lampu pencahayaan siang (DRL), BlauPunkt Blue Magic Subwoofer, lampu Philip Vision Ultra dan plat sisi (scuff plate).

Bukan itu sahaja, Ford turut menawarkan para pelanggan dengan pelbagai tawaran dan promosi istimewa hingga 30 Jun depan. Tawaran istimewa untuk pelanggan termasuklah pelan bayaran bulanan bermula serendah RM5,681 serta rebat sebanyak RM5,000 untuk varian Ford Fiesta 1.5L.

Para pelanggan yang membeli Focus dan Ford Kuga serba baharu pada bulan Jun akan menikmati kadar faedah menarik iaitu 1.36 peratus, sebagai tambahan kepada rebat sebanyak RM3,500 untuk Focus dan RM9,000 untuk Kuga.

All-new Ford Kuga_Interest rate of 1.36 percent and rebates of RM9,000

Tawaran ini turut digabungkan dengan Pelan Lanjutan Servis Ford (Ford Extended Service Plan), menjadikan ini peluang terbaik untuk membeli sebuah Ford. Terdapat kepada semua model kenderaan penumpang, pelan tersebut merupakan program penyelenggaraan tiga tahun atau 60,000 km, tanpa sebarang kos tambahan.

Para pelanggan Ford sedia ada juga akan mendapat manfaat daripada sambutan selama sebulan ini apabila mendapat pemeriksaan percuma ke atas semua model. Pakej ‘Works Fuel Saver Package’ pula menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus ke atas pembelian minyak enjin (Motorcraft dan Castrol) serta penapis minyak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *