Koenigsegg Agera S…bila mimpi & realiti bersatu

By  |  0 Comments

AgeraS05

Suatu cetusan fenomena apabila hypercar ini akhirnya berada di Malaysia! Dibawa masuk terus dari Sweden, Koenigsegg Agera S telah pun selamat dilancarkan untuk pasaran tempatan sebentar tadi. Hypercar ini dibawa masuk oleh NAZA Swedish Motors Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi bagi Koenigsegg bagi pasaran Malaysia dan Indonesia.

Walau pun hanya satu unit sahaja dibawa masuk ke sini, namun ia seakan mencetuskan bahang luar biasa di dalam industri automotif tempatan apabila Agera S menjadi model kereta paling paling mahal yang berada di pasaran kita buat setakat ini.

Ia dilaporkan bakal dijual bermula pada harga RM5 juta sebelum dikenakan cukai. Dan kemungkinan besar boleh mencecah RM15 juta seunit selepas dikenakan cukai. Ulang perkataan…RM15 juta!

Sesuai dengan harganya, hypercar yang sangat eksotik ini direka cipta oleh Christian von Koenigsegg iaitu pengasas syarikat pengeluar Koenigsegg sendiri. Mengikut sejarah empayarnya, beliau mula membangunkan hypercar sejak berusia 22 tahun iaitu pada tahun 1994. Dan ini merupakan impiannya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Agera S mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2012. Menggunakan enjin 5.0 liter bi-turbo V8 sebagai jantungnya, Agera S mampu memuntahkan kuasa sehingga 1,030 hp pada 7,100 rpm dan puncak tork 1,100 Nm pada 4,000 rpm.

Malah Agera S mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 400km/j. Dan mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 2.9 saat. Sangat luar biasa ledakan kuasanya!

AgeraS23

Malah ledakan kuasanya pastinya turut dibantu oleh transmisi klac berkembar tujuh kelajuan dengan pedal penukar gear yang cukup responsif dengan kuasa elektronik. Ini merupakan penghasilan sistem klac berkembar pertama di dunia untuk kotak gear masukan aci tunggal (single input shaft).

Mengikut glosari automotif, hypercar merupakan kategori baharu di dalam industri ini. Ia membawa maksud sebagai sebuah jentera yang memiliki kuasa kuda paling besar atau kerangka yang cukup ringan. Malah ia juga dikenali sebagai kereta yang paling mahal berbanding dengan supercar yang biasa.

Hah! Itu memang gambaran tepat bagi Agera S ini. Ia mahal, memiliki kuasa kuda yang luar biasa dan satu lagi faktor tambahan iaitu hypercar ini hanya seberat 1,435kg. Malah kerangkanya juga diperbuat daripada gentian karbon/Kevlar membantunya menjadi lebih ringan.

Ia memiliki ukuran 4,293mm bagi panjang, kelebaran 1,996mm, ketinggian 1,120mm dan jarak roda 2,662 mm. Manakala ruang penyimpanan barangan di bahagian hadapannya pula berkapasiti 120 liter.

Berkenaan dengan penggunaan bahan api, Agera S yang memiliki kapasiti tangki 80 liter mampu dipacu sehingga 500km. Koenigsegg mendakwa penggunaan bahan apinya untuk lebuh raya lebih kurang 12.5 liter bagi setiap 100km dan gabungan jalan biasa pula hanya 14.7 liter setiap 100km.

Agera S turut dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman ala F1 dengan prestasi pilihan bersama lima mod pengendalian. Malah ia juga memiliki sistem kawalan kestabilan tersendiri iaitu Koenigsegg Electronic Stability (KES).

Bukan itu sahaja, Agera S turut dilengkapi dengan beg udara berkembar, bumbung kaca boleh laras, brek karbon seramik dengan ABS, ESP, bateri Intelligent LifePo4, sistem ekzos hidrolik Inconel, rim hadapan bersaiz 19 inci dan belakag 20 inci, tayar Michelin SuperSport, pemain MP3, sambungan USB, kawalan penghawa dingin, stereng berkuasa, G sensor, sistem monitor tayar, sistem informasi dan amaran digital serta banyak lagi.

Manakala peralatan tambahan yang turut disertakan ialah pemilihan warna dan material kulit bagi tempat duduk mengikut permintaan pembeli, F1 Double Wing, suspensi belakang Triplec, kamera undur, dan lain-lain.

Dalam majlis ini juga turut dilancarkan bilik pameran NAZA Swedish Motors Sdn Bhd yang terletak di NAZA World Automall, Petaling Jaya. Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Datuk Wira Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, pengasas Koenigsegg, Christian von Koenigsegg, Duta Sweden ke Malaysia YB Bengt G. Carlsson dan Ketua Jualan Koenigsegg, Andreas Petre’.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq