Nissan bakal melancarkan model pikap terbaharu di peringkat global 11 Jun ini

By  |  0 Comments

Nissan Navara

Selepas mendedahkan imej misteri model baharu yang bakal dilancarkan beberapa hari yang lalu, Nissan menayangkan pula video klipnya menerusi Youtube.

Nissan mendakwa ia merupakan “special member of the Nissan family” dan bakal dilancarkan di peringkat global pada 11 Jun ini di Bangkok, Thailand. Dan ia kelihatan seperti model Navara generasi baharu. Teka-teki ini masih berlegar-legar tetapi ada sumber mengesahkan bahawa Nissan sedang membangunkan model baharu bagi Navara/Frontier dan Titan.

Walau bagaimana pun tidak banyak perincian yang boleh diceritakan melainkan kelibat lampu utama LED dan gril hadapan krom yang agak kelihatan.

Malah Nissan turut mengesahkan model ini telah diuji pandu sejauh 1,000,000 km dalam pelbagai jenis permukaan jalan dengan jumlah ujian sebanyak 40,000.

Untuk mengetahui apakah model yang penuh misteri ini? Info Kereta akan membawakan maklumat lanjut pada tarikh kelak di mana brotherhood Paultan.org bakal berada di sana untuk membuat liputan dan berkongsi cerita dengan anda semua.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *