Perodua & Daihatsu labur RM600 juta untuk kilang enjin baharu

By  |  0 Comments

MyviXT05

Perodua dan Daihatsu Motor Company of Japan telah mengembangkan pelaburan mereka di Malaysia dengan pembinaan kilang pembuatan enjin baharu yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

Di mana kedua-dua buah syarikat terbabit telah melabur sebanyak RM600 juta untuk membangunkan kilang tersebut dan pembinaannya dijangka bermula pada September ini.

Kilang pembuatan enjin baharu ini menyaksikan Daihatsu memegang saham sebanyak 51 peratus, manakala Perodua pula kekal dengan 49 peratus berserta model kapital berjumlah RM165 juta.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, pelaburan baharu ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi yang dirancang untuk menjadi sebuah syarikat global berdaya maju bagi membekalkan komponen penting yang berkualiti dengan meningkatkan penjana kuasa eko-sistem di dalam industri automotif ini.

Manakala di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Daihatsu, pembabitan di dalam pelan transformasi ini membuktikan kerja sama yang erat dan komitmen terhadap operasi di Malaysia. Malah Daihatsu juga bersedia memberikan komitmen yang jitu terhadap operasi pembangunan kenderaan termasuklah bagi enjin dan transmisi automatik, di dalam memperkukuhkan kedudukan di peringkat antarabangsa.

Kilang pembuatan enjin ini dibangunkan di atas tanah seluas 142,000 kaki persegi dan bakal mengambil 150 tenaga kerja bagi melaksanakan operasi seperti yang dirancangkan.

Teras bagi pembinaan kilang ini ialah membabitkan pembangunan, rekaan dan penghasilan komponen serta kelengkapan enjin kenderaan yang diperlukan bagi industri ini.

Ini merupakan pelaburan kedua buat Daihatsu di Sendayan. Di mana pelaburan pertama melibatkan pembinaan kilang elektronik transmisi automatik iaitu Akashi Kikai Industry Malaysia Sdn Bhd yang telah memulakan operasinya sejak Mac lalu. Di mana Perodua turut memiliki pegangan saham sebanyak 10 peratus di dalam projek kerjasama tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *