Pematuhan tali pinggang belakang pada tahap membimbangkan-MIROS

By  |  0 Comments

Rear_Seat_belt-003-850x566

Walau pun peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2009, melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008), namun sehingga kini pematuhan terhadapnya masih berada di tahap yang membimbangkan. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) mengikut laporan khas yang disiarkan oleh BERNAMA hari ini.

Menurut MIROS, pematuhan undang-undang berkenaan pernah berada pada kadar 47 peratus ketika ia diperkenalkan pada awal 2009. Namun mulai menurun pada kadar 13 peratus pada hujung tahun yang sama.

Malah bagi tahun-tahun berikutnya, kadar pematuhan undang-undang terbabit secara konsisten berada pada tahap rendah iaitu 9.7 peratus pada 2010, 9.2 peratus (2011), 13.5 peratus (2012) dan 12.5 peratus pada tahun lalu. Manakala sehingga ke hari ini, ia hanya dicatatkan sebanyak 7.7 peratus sahaja.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, JPJ telah menjalankan operasi penguatkuasaan di seluruh negara sejak empat tahun yang lalu. Manakala tindakan saman juga sudah mula dilaksanakan oleh pihak berkuasa pada 1 Januari 2012 terhadap pemilik kenderaan yang ingkar atau masih gagal untuk memasang tali pinggang keledar pada tempat duduk belakang.

Jika sabit kesalahan, kompaun maksimum sebanyak RM300 boleh dikenakan, dan tindakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh diambil mahkamah.

Ulasnya lagi, sejak awal 2012 sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 47,302 saman telah dikeluarkan oleh JPJ iaitu membabitkan kesalahan terhadap undang-undang pemakaian tali pinggang hadapan dan belakang. Di mana Johor mencatatkan kes saman yang paling tinggi dengan jumlah sebanyak 1,932 pada 2012 dan 8,997 saman pada tahun lalu.

Walau pun sudah acapkali tersiar mengenai kes kemalangan yang membabitkan kematian atau kecederaan parah atas salah satu faktornya iaitu tidak memakai tali pinggang keledar (sama ada di hadapan atau belakang), namun sayang sekali apabila masih ramai antara kita yang mengambil mudah mengenai perkara ini.

Tidak kiralah sama ada sebagai pemandu atau pun penumpang kenderaan, jangan sesekali mengabaikan atau mengenepikan soal keselamatan ini. Terutamanya untuk ibu bapa yang membawa anak-anak di dalam kenderaan, pastikan pemakaian tali pinggang keledar dipraktikkan.

Ingat, tali pinggang keledar bukanlah aksesori pelengkap gaya kenderaan anda.

Sayangi nyawa…

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq