Toyota Aygo 2015 mula diproduksi di Republik Czech

By  |  0 Comments

AYGO_16

Toyota telah mengumumkan model Toyota Agyo 2015 telah pun memulakan produksinya di Kolin, Republik Czech. Buat setakat ini, Aygo hanya bakal dijual di pasaran Eropah dan Toyota belum mengambil keputusan untuk memasarkannnya di lain-lain negara.

Toyota Aygo 2015 ini dipadankan dengan enjin baharu 1.0 liter yang mampu memberikan kuasa sehingga 68 hp pada 6,000 rpm dan tork puncak 92 Nm pada 4,400 rpm. Seperti mana model terdahulu, Aygo 2015 juga bakal dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan dan automated manual juga dengan lima kelajuan.

AYGO_09

Model ini juga dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik iaitu 3.8 liter bagi setiap 100 km.

Bakal hadir dengan lapan pilihan warna kerangka iaitu biru gelap, jingga, putih, perak, hitam, biru muda, merah dan perak gelap, terdapat sedikit perubahan daripada segi kekemasan yang telah dipertingkatkan. Ini termasuklah dengan pemilihan gril hadapan yang sedikit besar, papan pemuka dan panel konsol tengah yang dipertingkatkan. Begitu juga dengan corong penyaman udara yang diberi penambah baikan demi keselesaan yang lebih optimum.

AYGO_13

Menurut Toyota, buat masa ini, mereka mensasarkan pengeluaran sebanyak 700 unit sehari bagi menepati sasaran permintaan yang tinggi dan mungkin juga bakal mencecah 1,000 unit menjelang akhir Jun.

Toyota Aygo 2015 ini dijangka tiba di pasaran Eropah pada Julai ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq