Nissan Navara tahan lasak -Memperkenalkan dua varian yang dinaik taraf iaitu Navara 4WD A/T LE & 4WD M/T SE

By  |  0 Comments

Navara

Nissan antara jenama yang aktif di dalam mengeluarkan model kenderaan terbaharu atau yang dinaiktaraf. Selepas Nissan Almera, Serena S-Hibrid dan Grand Livina serba baharu, giliran Navara versi dinaik taraf pula diperkenalkan pada 24 Oktober lalu.

Namun seminggu sebelum itu, pihak Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menerbangkan sekumpulan media permotoran Semenanjung ke Kota Kinabalu untuk memandu uji dua varian Navara ini. Turut serta ialah sekumpulan media dari Sabah dan Sarawak. Kalau sudah ke Kota Kinabalu, takkan mahu memandu di jalan raya biasa pula. Pastinya pemanduan off-road lebih didambakan, apatah lagi mahu menguji sejauh mana kekentalan dan kehebatan trak pikap pacuan empat roda ini.

Menurut Nissan, sejak mula dilancarkan pada tahun 2008, Navara merupakan antara tiga model keluaran mereka yang paling laris di Malaysia. Malah trak pikap ini juga popular di kalangan kumpulan profesional dan pengguna yang lain kerana dikatakan memiliki penampilan yang dominan selain prestasi dinamik dan keselesaan. Malah Navara juga dikenali sebagai sebuah jentera yang lasak dan memiliki keupayaan meredah laluan off-road. Justeru, keputusan untuk menaik taraf model ini adalah tepat, apatah lagi Nissan perlu bersaing dengan jenama lain.

Memandu uji Navara ini bersama rakan media lain dari daerah Inanam melalui Kiulu di Tuaran sehingga ke pekan Nabalu menghadiahkan pengalaman tersendiri buat penulis. Apatah lagi kecetekan kemahiran dan pengalaman di dalam mengendalikan trak pikap sebegini merentasi laluan off-road memang benar-benar menguji. Mujur rakan media yang digandingkan bersama dan juga marshal pengiring membantu memberikan tunjuk ajar bagaimana mengendalikan jentera ini.

Navara

Diberikan varian 4WD M/T SE, ia memang agak sedikit mencabar berbanding dengan transmisi automatik. Walau pun memang seorang pemandu yang gemar dengan transmisi manual, tetapi ada perbezaannya memandu kereta biasa dengan mengendalikan trak pikap ini apatah lagi ketika melalui cabaran seperti mendaki bukit berbatu. Namun rintangan ini mampu diatasi kerana kuasa pacuan empat roda Navara ternyata memberikan impak yang diperlukan.

Walau pun dalam sesetengah keadaan jalan seperti melalui permukaan jalan yang kering, pacuan dua roda (2WD) sudah memadai untuk memacu Navara ini merentasi halangan. Jika merentasi jalan yang licin, mod pacuan empat roda (4WD) dengan gear rendah diperlukan bagi mendapatkan cengkaman tayar yang lebih jitu.

Manakala bagi laluan yang mencabar seperti mendaki atau menuruni bukit, melalui jalan berbatuan atau berlumpur, mod 4WD dengan kelajuan perlahan dapat melancarkan pengendalian. Itulah kelebihan yang ada pada Navara apabila terdapatnya sistem Kawalan 4WD Elektronik kerana ia memudahkan pemandu untuk menukar mod 2WD dan 4WD (4H) semasa kenderaan sedang dipacu asalkan kelajuannya kurang daripada 100 kilometer sejam (km/j). Terdapat tiga mod pacuan yang boleh dipilih iaitu 2WD, 4H dan 4LO (gear rendah).

Navara

Bukan itu sahaja, sistem Limited Slip Differential (LSD) yang ada pada Navara juga sangat membantu ketika merentasi laluan off-road. Tidak kira apa jua rintangan, LSD mampu memberikan cengkaman yang terbaik bagi mengelakkan kenderaan tergelincir.

Markah tambahan buat Navara ini ialah dengan adanya sistem suspensi Independent Double Wishbone dengan gegelung penyerap hentak dan bar penstabilan di bahagian hadapan dan Multi Leaf Spring dengan penyerap hentak di belakang. Walau pun jentera dipacu dengan agak lasak dan agresif, namun ia masih kurang dirasai membebankan. Olengan badannya masih terkawal dan kesan hentakannya juga tidak begitu ‘menyeksakan’ terutamanya bagi penumpang yang duduk di bahagian belakang.

Malah mengendalikan jentera bertransmisi manual ini, ternyata pedal minyak, pedal brek, klac dan stereng cukup responsif. Walau lebih banyak menggunakan gear rendah, namun jentera masih dapat dipacu dengan lancar merentasi laluan berhalangan walau pun mengambil masa hampir enam jam untuk melengkapi jadual perjalanan sejauh 75 kilometer.

Walau pun tidak disuntik dengan elemen baharu yang begitu drastik, namun terdapat sedikit perubahan pada luaran jentera ini. Di mana bahagian luarnya diperkemaskan lagi menerusi reka bentuk bampar baharu yang menyerlahkan lagi gaya agresifnya. Ia juga menampilkan pengambilan udara bahagian bawah yang telah direka semula lebih rendah serta sisi-sisi yang bersegi. Gril krom dengan panel horizontal bersama logo Nissan pula menyerlahkan penampilannya yang tampak garang. Penambahbaikan turut melibatkan rim aloi yang hadir dengan rekaan jejari baharu bersama kemasan dua tona.

Menjenguk ruang kabin, memang tidak banyak perubahan ditampilkan. Melainkan pemain audio dinaik taraf dengan unit sistem infotainmen navigasi bersama skrin sentuh bersaiz enam inci yang berfungsi sebagai pemain DVD serta memiliki sambungan iPod, USB dan Bluetooth. Ia juga bertindak sebagai paparan kamera undur.

Walau bagaimana pun Navara ini masih mengekalkan enjin diesel yang sama iaitu YD25DDTi Common Rail dengan sistem pancitan bahan api yang menjimatkan minyak. Ia menghasilkan kuasa maksimum sehingga 128kW pada 4,000rpm dan tork paling tinggi untuk kapasitinya iaitu 403Nm pada 2,000rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan automatik atau manual enam kelajuan.

Tidak kira apa jua jenis kenderaan buatannya, Nissan memang sentiasa mengutamakan aspek keselamatan. Ini termasuklah dengan Navara yang dinaik taraf yang dilengkapi kerangka kukuh yang dibina menggunakan dua lapisan besi regangan tinggi dan binaan Zon Badan Nissan, di samping lampu utama Xenon (mematuhi garis panduan JPJ) bagi menawarkan pendangan lebih jelas pada waktu malam. Ciri-ciri keselamatan standard lain termasuklah Sistem Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan dua beg udara Supplementary Restraint System (SRS).

Navara

Nissan NAVARA didatangkan dalam empat warna iaitu Tungsten Silver, Brilliant White, Twilight Grey dan Diamond Black untuk semua varian. Ditawarkan pada harga atas jalan RM 94,834.20 bagi model 4WD M/T SE dan RM 105,834.20 untuk varian 4WD A/T LE. Ia kini dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Spesifikasi :
Enjin : 2.5 liter enjin Diesel YD25DDTi, 4-silinder sebaris, DOHC 16-injap Pengecas Turbo dengan Variable Nozzle Turbine (VNT) dan Intercooler
Transmisi : Automatik 5-kelajuan / Manual 6-kelajuan
Kuasa maksimum : 128kW @ 4,000rpm
Tork maksimum : 403Nm @ 2,000rpm
Sistem suspensi : Independent Double Wishbone dengan gegelung penyerap hentak dan bar penstabilan (hadapan) / Multi Leaf Spring dengan penyerap hentak (belakang)
Kapasiti tangki bahan api : 80 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/bandarqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/dominoqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/qiuqiu/ https://www.i-escape.com/blog/rute/pkvgames/