Hyundai Santa Fe Theta II 2.4 MPI lebih momentum

By  |  0 Comments

Hyundai Santa Fe 2.4

Mencari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk dimiliki yang serasi dengan jiwa kita bukanlah suatu perkara yang mudah. Selain daripada segi harga, apa yang harus difikirkan sudah tentulah mengenai praktikaliti, kegunaan dan rupa parasnya yang juga harus diberi keutamaan di dalam membuat pilihan. Apatah lagi di pasaran Malaysia sendiri, lambakan pelbagai jenis model dan prestasi SUV mampu membuatkan mata menjadi rambang sehingga sukar untuk membuat pilihan yang tepat.

InfoKereta.com ingin memberikan salah satu model SUV yang boleh diletakkan di tempat teratas dalam senarai pilihan SUV untuk anda nilai. Santa Fe, hasil buatan sempurna oleh pengeluar kenderaan terbesar di Korea Selatan, Hyundai, baru saja membawa masuk model penambahbaikan (facelift) terbaharu ke pasaran Malaysia pada Jun lalu. Untuk pengetahuan, selain daripada versi enjin 2.4 liter, Hyundai turut membawa masuk Santa Fe R 2.2 CRDi sebagai pilihan pengguna di Malaysia.

Berbanding model terdahulu, ternyata Santa Fe yang baharu ini memiliki momentum yang lebih meyakinkan. Malah boleh dikatakan, ia merupakan sebuah SUV yang seronok dipacu. Pengendaliannya bersifat ‘mesra pemandu’ kerana ia seolah-olah memahami rentak dan kemahuan yang diingini sepanjang pemanduan. Tidak kira sama ada pemanduan secara santai atau pun dikerah sedikit tenaga prestasinya untuk dipacu secara lasak.

Hyundai Santa Fe 2.4

Dijanakan oleh enjin petrol Theta II 2.4 MPI, jentera ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 176PS pada 6,000 putaran per minit (rpm). Manakala tujahan tork juga agak memuaskan dengan catatan maksimum 276NM pada 3,750rpm. Seakan mempunyai dua peringkat lonjakan kuasa, tekanan pertama pada pedal minyak boleh memacu jentera untuk kelajuan sederhana.

Manakala tekanan sehabis mungkin ketika kenderaan mula bergerak secara perlahan, mampu mempercepatkan putaran enjin sehingga mencatat kelajuan yang diingini. Bila sudah mendapatkan kelajuan yang diingini, lepaskan sedikit tekanan kaki pada pedal minyak, maka jentera akan meluncur lancar mengikut pengendalian.

Walau pun ia memungkinkan lebihan kerahan tenaga pada enjin dengan memaksanya berputar lebih cepat, namun ini tidak bermakna bahan api juga ‘deras mengalir’. Ini kerana enjin yang ditampilkan turut memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien berbanding model terdahulu.

Dengan kerjasama antara enjin dan transmisi automatik enam kelajuan, jentera ini turut dikuasai oleh sistem pacuan empat roda Active On-demand 4WD yang membuatkan pergerakannya lebih lancar. Bagi melengkapi kejuruteraan mekanikal, ia turut dipadankan dengan suspensi McPherson Strut untuk bahagian hadapan dan Multi-link Type di belakang, bagi memberikan lebih kestabilan terhadap jentera.

Ternyata sistem suspensi yang dipilih ini bertepatan kerana jentera masih stabil ketika memandu di jalan yang berselekoh biar pun dalam kelajuan yang tinggi. Ia mengurangkan risiko kebarangkalian berlakunya over steer atau pun under steer ketika mengendalikan Santa Fe ini dalam pemanduan yang agak agresif. Bukan itu saja, ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata atau pun beralun, kesan olengan badan jentera ini agak kurang dirasai.

Memang tidak sukar mengendalikan SUV ini kerana ia turut tidak ketinggalan menerapkan beberapa elemen berteknologi tinggi untuk memudahkan lagi pemanduan. Ternyata usaha Hyundai di dalam mengimplementasikan pelbagai elemen terbaharu dan menarik ini berbaloi, bukan setakat menepati standard keperluan masa kini, bahkan ia memberikan keselesaan kepada pada pemandu untuk mengendalikan jentera ini.

Hyundai Santa Fe 2.4

Antara elemen menarik yang ditampilkan bagi membantu pengendalian ialah dengan adanya butang kawalan Auto Hold yang berfungsi memberhentikan pergerakan kereta tanpa menukar gear ke ‘N’ atau pun menarik brek tangan. Sebagai contoh, Auto Hold akan berfungsi ketika jentera berhenti di lampu isyarat dan apabila pemandu memijak pedal brek. Di mana isyarat Auto Hold akan terpapar secara automatik pada papan instrumen. Ia tidak memerlukan pemandu untuk menukar gear ‘D’ ke ‘N’ dan apabila mahu meneruskan perjalanan, hanya perlu menekan pedal minyak sahaja.

Hyundai Santa Fe 2.4

Bukan itu saja, Santa Fe turut menawarkan Flex Steer atau pun tiga mod bagi kawalan stereng yang berbeza iaitu Comfort, Sporty dan Normal. Di mana ketiga-tiganya memiliki kawalan yang sedikit berbeza dan ia turut dipengaruhi corak pemanduan. Pemandu hanya perlu menekan butang kawalan yang terdapat pada roda stereng sama ada ketika jentera sedang bergerak atau pun berhenti. Walau bagaimana pun, ketiga-tiga mod ini tetap membuatkan jentera ini seakan ‘ringan’ dipacu serta lebih memudahkan pengendalian.

Sistem stereng berkuasa elektrik (MDPS-Motor Driven Power Steering) yang ringan dan mudah dikendalikan menambahkan keseronokan ketika pemanduan. Sistem stereng ini turut membantu mengurangkan gegaran ketika jentera dipacu, malah turut menambahkan bonus di dalam penjimatan bahan api yang efisien.

Selain daripada itu, pastinya sebuah jentera kurang lengkap sekiranya tidak mengimplementasikan N.V.H (Noise, Vibration & Harshness) yang direka dengan teknologi terkini dan inovasi struktur kerangka yang lebih relevan. Ia membantu mengurangkan gegeran pada kenderaan terutamanya ketika dipacu melalui permukaan jalan yang kurang rata serta menyingkirkan bunyi yang tidak diperlukan daripada memasuki ruangan kabin.

Hyundai Santa Fe 2.4

Bagi menambahkan ciri-ciri keselamatan, Hyundai sudah mula mengimplementasikan Alat Perakam Keselamatan Pemanduan bagi kebanyakan model baharunya yang menyerupai kamera mini yang dipasang di sebalik cermin pandang belakang. Ia turut dipasang bagi model Santa Fe ini dan berkeupaya merekodkan imej rakaman video sepanjang perjalanan termasuklah suara dengan objektif boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku sebarang insiden seperti kemalangan. Dan ia juga memudahkan pemilik kenderaan untuk membuat tuntutan insurans.

Ciri-ciri keselamatan lain yang turut ditampilkan ialah Program Kestabilan Elektronik (ESP), sistem Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Bantuan Mendaki Bukit (HAC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Bantuan Brek (BAS), Sistem Kawalan Kelajuan, Brek Parkir Elektronik (EPB yang memiliki fungsi yang sama seperti brek tangan) serta dua beg udara di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

Namun walau pun Santa Fe dikuasakan oleh pacuan empat roda, pasti sayang juga hendak melenjan jentera ini sesuka hati kerana paras rupanya yang elegan. SUV yang mampu memuatkan tujuh kapasiti tempat duduk ini memilik rekaan luaran dan dalaman yang tampak elegan, serta gayanya telah banyak diperkemaskinikan berbanding model terdahulu.

Hyundai Santa Fe 2.4

Selain memberikan keselesaan yang lebih optimum buat pemandu dan para penumpang, Hyundai turut memberikan keutamaan pada gaya. Dengan menampilkan pelbagai ciri terkini bagi menyerlahkan lagi gaya Santa Fe ini. Melalui pandangan hadapan, Santa Fe ini tampil penuh karismatik dengan penampilan jeriji krom radiator yang diapit lampu utama yang membujur ke tepi. Di bawahnya terletak lampu kabus yang turut tampil bergaya.

Beralih ke pandangan sisi kerangka Santa Fe ini, profil aerodinamik dengan garisan tiga dimensi menjadi gabungan yang lebih berdinamik. Tambahan pula, potongan tingkapnya yang lebih tirus memberikan kelainan buat jentera ini. Bertambah menarik dengan rim aloi bersaiz 18 inci yang agak maskulin. Menambahkan elemen yang sporty, ia diperlengkapkan gaya pada bampar belakang. Begitu juga dengan adanya LED Rear Spoiler, lampu brek ketiga LED dan ekzos berkembar yang turut menyerlahkan lagi penampilan Santa Fe daripada arah belakang.

Tidak lengkap dengan itu, bahagian kabin Santa Fe turut diperkemaskini dengan gaya yang elegan. Hyundai mahu menghadiahkan rasa yang cukup memuaskan, berbaloi dengan pemilikan Santa Fe ini. Walau pun ia sebuah SUV, namun gaya dalamanya umpama berada di dalam kenderaan sedan elegan. Rekaan dalaman yang lebih ergonomik dengan sentuhan kemewahan melalui kekemasan dan material yang digunakan.

Hyundai Santa Fe 2.4

Selain daripada penuh rasa selesa, bila berada di dalamnya, kesan bunyi dari luar juga kurang kedengaran. Bagaikan berada di dalam ruangan kedap bunyi. Ia membuatkan pemandu dan penumpang mampu menikmati perjalanan yang menyenangkan. Dengan pecahan nisbah 4:2:4 bagi tempat duduk di barisan kedua dan ketiga, yang boleh dibaringkan bagi memberikan lebih kapasiti ruangan.

Pada papan pemula pula, rekaan yang agak futuristik menjadi pilihan, namun tidaklah ‘semak mata memandang’ kerana ia diperkemaskan sewajar mungkin. Meter kluster berkembar yang dipisahkan dengan skrin LCD TFT bersaiz 4.2 inci di bahagian tengahnya turut menyerlahkan gaya. Di mana skrin LCD comel ini bertindak memaparkan info yang diperlukan oleh pemandu seperti rekod penyelarasan gaya pemanduan, catatan jarak perjalanan dan penggunaan bahan api serta banyak lagi.

Bagi memberikan hiburan yang memuaskan, Santa Fe turut tampil dengan kemudahan sistem audio seperti radio, pemain MP3 dan CD, enam pembesar suara dan sambungan USB. Butang kawalan pada stereng juga memudahkan pemandu untuk mengendalikan fungsi tertentu terutamanya bagi sistem audio. Lain-lain butang kawalan yang terdapat pada papan pemuka juga diletakkan di bahagian yang bersesuaian untuk mudah dicapai dan dikendalikan.

Hyundai Santa Fe 2.4

Dengan harga RMRM163,888 atas jalan (berserta insurans), pastinya prestasi, pengendalian serta rekaan yang ditampilkan menjadi alasan utama mengapa Santa Fe ini wajar dijadikan pilihan bagi kenderaan harian anda sekeluarga. Dan ternyata model keluaran Hyundai ini mampu memberikan persaingan sengit pada SUV daripada jenama lain.

Spesifikasi :
Enjin : Theta II 2.4 MPI
Kuasa maksimum : 176kW @ 6,000rpm
Tork maksimum : 227Nm @ 3,750rpm
Transmisi : Automatik 6-kelajuan dengan Tiptronik
Kapasiti bahan api : 64 liter
Pilihan warna : Creamy White, Sleek Silver, Titanium Silver, Ocean View, Red Merlot & Phantom Black

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu parlay bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/