ETCM buka cawangan ke-6 di Keningau, Sabah

By  |  0 Comments

Pic_2_Interior of ETCM Nissan Branch Showroom at Keningau, Sabah

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini merasmikan pembukaan cawangan bilik pameran ke-6 di Keningau, Sabah. Pembukaan bilik pameran baharu itu bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan Nissan di daerah terbabit dan menawarkan akses lebih baik. Sebagai sebahagian daripada komitmen ETCM untuk mengembangkan perniagaannya (terutama di Sabah), kini terdapat 73 buah cawangan dan 24 pengedar ETCM di seluruh Malaysia.

Terletak di tengah bandar Keningau, buat masa ini, ia hanya mempamerkan tiga model terlaris Nissan iaitu Almera, Grand Livina baharu dan model Navara yang dinaik taraf. Bilik pameran itu juga memiliki satu seksyen khidmat pelanggan yang khas untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada para pelanggan serta menyediakan informasi yang diperlukan.

Pic_1_Exterior of ETCM Nissan Branch Showroom at Keningau, Sabah

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen , “Dengan pembukaan bilik pameran yang baru di Keningau, kami semakin bersemangat untuk mengembangkan perniagaan di kawasan ini. Justeru, dengan adanya bilik pameran yang mempamerkan produk-produk Nissan, bersama penasihat jualan yang ramah dan berpengalaman, kami akan dapat memenuhi ekspektasi pelanggan. Diharapkan premis baharu ini akan terus menjadi pusat utama ETCM untuk berhubung dengan para pelanggan kami di Keningau.”

ETCM percaya bahawa hubungan yang berterusan dengan pelanggan terjalin apabila pembelian dibuat. Maka, adalah amat penting bagi ETCM membentuk hubungan ini dengan menawarkan perkhidmatan yang cemerlang secara konsisten pada kualiti paling tinggi. ETCM akan sentiasa menjadikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan kerana para pelanggan sudah pastinya inginkan perkhidmatan yang lebih mudah dan efisien.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *