Nasim lancar Peugeot JB & memperkenalkan MPV Peugeot 5008

By  |  0 Comments

Peugeot Johor Bahru Launch

Sejak kebelakangan ini, Nasim Sdn Bhd melangkah lebih agresif untuk melebarkan lagi empayar di seluruh negara. Hari ini, Nasim telah pun melancarkan cawangan terbaharu Peugeot yang terletak di Johor Bahru.

Peugeot Johor Bahru merupakan cawangan ketiga yang dilancarkan pada tahun ini dan menjadikan ia sebagai cawangan kelima terletak di negeri Johor.

Berkeluasan 14,800 kaki persegi, Peugeot Johor Bahru turut berfungsi sebagai pusat 3S dan dioperasikan oleh Eurofrance Sdn Bhd. Ia mampu memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan Peugeot yang berada di sekitar Johor Bahru, Taman Pelangi, Danga Bay, Kempas, Tampoi, Bandar Baru Uda, Majidee, Skudai dan Damansara Aliff.

Ia turut dilengkapi dengan lounge pelanggan, perkhidmatan percuma Wi-Fi dan pusat jualan cenderamata Peugeot. Pusat perkhidmatan ini juga menyediakan lapan ruang servis yang berkemampuan untuk menyelenggarakan 21 buah kereta sehari.

Sempena dengan pelancaran Peugeot Johor Bahru ini, Nasim juga secara rasminya telah memperkenalkan model facelift MPV 5008.

5008 MPV launch

MPV tujuh empat duduk ini menerima padanan lampu utama bi-xenon dengan lampu pencahayaan siang serta rekaan semula bagi jeriji hadapan. Logo Peugeot pula terletak cantik di atas jeriji, menampakkan imej yang lebih elegan. Malah 5008 baharu ini juga ditampilkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci, sama rekaan dengan model terdahulu.

Model 5008 ini dipadankan dengan enjin 1.6 liter turbo suntikan terus bahan api yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 163 hp pada 6,000 rpm dan tork puncak 240 Nm pada 1,400 hingga 4,250 rpm. Turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

SONY DSC

Turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), Amaran Jarak dan ISOFIX.

Model 5008 ini didatangkan dengan lima warna pilihan menarik iaitu Rich Oak, Bourrasque Blue, Artense Grey, Pearl White dan Shark Grey. Harga yang ditawarkan ialah RM159,888 untuk semenanjung Malaysia sahaja (dilengkapi dengan cukai jalan dan insurans).

Setiap pembeliannya (termasuk mana-mana model Peugeot) didatangkan dengan waranti selama lima tahun berserta jumlah perbatuan tanpa had dengan tawaran 24 jam perkhidmatan Peugeot Assistance, keahlian Peugeot Privilege dan banyak lagi yang menarik sebagai penghargaan kepada para pelanggan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq