Peugeot 5008 serba baharu sudah dibuka tempahan

By  |  0 Comments

SONY DSC

Jumaat lalu, Peugeot 5008 baharu telah pun mula dibuka tempahan dan hari ini pula Nasim Sdn Bhd telah menganjurkan siri jelajah bagi mempromosikan MPV ini bersama model-model Peugeot yang lain di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya yang berlangsung sehingga 18 Mei.

MPV tujuh empat duduk ini menerima padanan lampu utama bi-xenon dengan lampu pencahayaan siang serta rekaan semula bagi jeriji hadapan. Logo Peugeot pula terletak cantik di atas jeriji, menampakkan imej yang lebih elegan. Malah 5008 baharu ini juga ditampilkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci, sama rekaan dengan model terdahulu.

SONY DSC

Manakala untuk bahagian kabinnya, rekaannya diadaptasikan berdasarkan model facelift 3008 yang baru dilancarkan. Selain itu, ia juga menerima sistem infotainmen dan navigasi baharu dengan skrin boleh laras bersaiz tujuh inci bersama kawalan audio yang telah dipertingkatkan.

SONY DSC

Berkenaan dengan spesifikasi lain, ia masih kekal sama seperti model terdahulu termasuk kawalan kelajuan, pengesan parkir hadapan dan tepi dengan sistem Available Space Management (ASM), bumbung panoramik, lapan pelarasan tempat duduk pemandu, zon berkembar sistem penghawa dingin, kawalan penghawa dingin bagi tempat duduk barisan kedua dan sistem multimedia yang dilengkapi dengan skrin paparan juga di tempat duduk penumpang.

Model 5008 ini dipadankan dengan enjin 1.6 liter turbo suntikan terus bahan api yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 163 hp pada 6,000 rpm dan tork puncak 240 Nm pada 1,400 hingga 4,250 rpm. Turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

MPV ini mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 195 km/j dan catatan daripada titik sifar hingga 100km dalam hanya 10.8 saat. Penggunaan bahan api juga dikatakan agak efisien iaitu 7.9 liter untuk setiap 100 km.

Turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), Amaran Jarak dan ISOFIX.

Harga untuk 5008 masih belum disahihkan lagi tetapi dijangkakan antara RM163,000 iaitu lebih RM3000 daripada model terdahulu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *