Jean-Marc Gales dilantik sebagai CEO baharu Group Lotus

By  |  0 Comments

Jean-Marc-Gales_CEO-of-Group-Lotus-plc-and-Aslam-Farikullah-01_05_14_20p-3-630x457

Bukan Proton sahaja menerima CEO baharu iaitu Datuk Abdul Harith Abdullah, malah Group Lotus juga telah pun membuat pelantikan bagi jawatan yang sama dan memberi kepercayaan buat Jean-Marc Gales memegang jawatan tersebut. Pelantikan ini secara rasminya bermula pada 1 Mei lalu.

Berusia 51 tahun dan berasal dari Luxembourg, sebelum menyertai Lotus, Gales pernah berkhidmat di Persatuan Pembekal Produk Automotif Eropah (CLEPA) sebagai CEO sejak tahun 2012.

Sebelum itu, beliau juga pernah memegang jawatan presiden untuk Automobiles Peugeot dan Automobiles Citroen pada tahun 2009, di mana beliau telah bertanggungjawab melakukan penstruktrutran semula seluruh rantaian nilai jualan dan membuat strategi jenama baharu bagi barisan Citroen DS.

Malah Gales juga pernah berkhidmat di Daimler, General Motors, Fiat dan Volkswagen, memantapkan lagi portfolionya di dalam industri automotif global.

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam jurusan pengurusan dari Imperial College, London dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari University of Karlsruhe, Jerman.

Walau pun Group Lotus telah pun melantik CEO baharu bagi menerajui jenama ini, Aslam Farikullah yang sebelum ini pernah memegang jawatan yang sama selepas pemecatan CEO terdahulu iaitu Danny Bahar, namun difahamkan bahawa Aslam masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah Lotus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq