Ford Focus tersenarai sebagai model kenderaan terlaris di dunia 2013

By  |  0 Comments

All-New Ford Focus Sedan

Berdasarkan analisis Ford ke atas data pendaftaran kenderaan baharu Polk daripada pihak IHS Automotive, telah menunjukkan bahawa Ford Focus mengekalkan gelarannya selaku model kenderaan paling laris di dunia untuk tahun 2013. Berita ini mengiringi debut Ford Focus sedan empat pintu baharu semasa berlangsungnya New York International Auto Show 2014 baru-baru ini.

Data tersebut menunjukkan pendaftaran Fokus kompak meningkat sebanyak 8.1 peratus dengan 1,097,618 unit terjual di seluruh dunia pada tahun lalu berbanding hanya 1,014,965 unit pada tahun sebelumnya. Menurut data tersebut juga, pasaran China dilihat sebagai penyumbang utama pada rekod jualan ini.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Pemasaran, Jualan dan Servis Global Ford Motor Company dan Lincoln, Jim Farley, “Sangat mengagumkan untuk melihat Focus sekali lagi menerajui industri dengan menjadi model No. 1 di dunia. Ini membuktikan komitmen Ford terhadap aspek penambahbaikan yang berterusan dengan menambah teknologi lebih baik kepada pemandu. Selain rekaan luaran yang lebih kemas dan moden pada seluruh keluarga model Focus.”

Malah menerusi data yang sama juga, Polk turut mengesahkan bahawa Ford Fiesta menduduki tempat teratas selaku model subkompak paling popular di dunia dengan jumlah pendaftaran mencecah 735,299 unit pada tahun 2013. Ini bermakna apabila digabungkan, pendaftaran untuk kereta kecil Ford Fiesta dan Focus, menjadi ia berjumlah 1,832,917 unit pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding tahun 2012.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *