Volkswagen Scirocco & Golf menerima padanan pakej R-Line

By  |  0 Comments

Scirocco R-Line 01

Volkswagen telah pun memperkenalkan pakej baharu R-Line untuk varian Golf dan model penambah baikan Scirocco bagi pasaran global.

Di mana varian Golf telah dipadankan dengan pakej luaran R-Line termasuk bampar yang diubah suai, skirt sisi yang dipertingkatkan dan jeriji baharu. Pakej ini turut menampilkan lampu kabus, spoiler belakang dan peresap belakang.

Bukan itu saja, untuk bahagian dalaman, ia turut dilengkapi dengan pakej R-Line termasuk tempat duduk sport, roda stereng sport balutan kulit dan pedal keluli. Selain itu, kekemasan Black Lead Grey, hiasan Piano Black, jaluran berwarna hitam dan plat ambang keluli juga ditampilkan pada varian ini.

Golf R-line 02

Untuk pakej R-Line ini, bukan setakat imej sahaja yang diberi penampilan utama, malah ia juga dipadankan dengan suspensi sport, sistem stereng yang lebih progresif dan lapisan gelap pada cermin belakang.

Bagi Scirocco pula, ia menawarkan pakej R-Line yang terdiri daripada bampar baharu, skirt sisi aerodinamik, spoiler belakang, lampu kabus, jeriji yang diperbaharui dan rim aloi Salvador bersaiz 18 inci.

Malah pakej ini turut menawarkan kekemasan dalaman berupa roda stereng sport balutan kulit, tempat duduk balutan fabrik Alcantara dan jaluran berwarna hitam. Pakej tersebut juga menampilkan kekemasan Carbon Touch, hiasan Piano Black, pedal keluli dan plat ambang R-Line.

Tanda tanya di sini, adakan pakej R-Line juga bakal diterapkan buat model Golf dan Scirocco untuk pasaran Malaysia? Biar saja Volkswagen Group Malaysia yang menjawabnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq