Ford catat jualan terbaik bagi suku pertama di Malaysia

By  |  0 Comments

Ford Fiesta

Ford Motor Co mencatatkan prestasi terbaik pada suku pertama di Malaysia dengan jualan runcit meningkat lebih daripada tiga peratus kepada 2,924 unit bagi tempoh Januari hingga Mac. Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia David Westerman berkata jualan runcit bulan Mac meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,049 unit kenderaan yang didorong oleh permintaan memberangsangkan terhadap model Ranger, Fiesta, Focus dan Kuga serba baharu.

Beliau berkata Ford yakin dapat meneruskan rekod prestasi suku pertama ini melalui pengenalan lebih banyak kenderaan global Ford yang mendahului segmennya pada tahun ini.

Permintaan terhadap trak pikap, Ranger serba baharu dilihat terus kukuh apabila jualan runcitnya melonjak sebanyak 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 621 unit.

Permintaan memberangsangkan terhadap semua varian membantu Ranger mencatat prestasi terbaik di Malaysia dengan jualan meningkat sebanyak 37 peratus sejak setahun lalu kepada 1,719 unit.

New Ford Fiesta 1.0L EcoBoost

Pada bulan depan, Ford dijangka bakal melancarkan Fiesta 1.0L EcoBoost yang menampilkan enjin inovatif tiga silinder yang menggabungkan sistem pengecas turbo dan pancitan terus bahan api bagi menawarkan kuasa serta prestasi sebuah enjin petrol tradisional bersesaran 1.6L. Pada masa sama, ia menawarkan penjimatan bahan api dan tahap emisi mendahului kelasnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *