Subaru Forester 2.0i-L sudah tiba di pasaran Malaysia – Berharga RM175,690

By  |  0 Comments

DSC_4292

Dalam diam-diam saja Motor Image Malaysia membawa masuk Subaru Forester 2.0i-L, yang bakal ‘menemani’ model sedia ada iaitu Forester 2.0 XT. Kehadiran SUV ini didatangkan dengan enjin yang sama dipadankan dengan model XV 2.0i iaitu 2.0 liter twin-cam FB yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 6,200 rpm dan puncak tork 198 Nm pada 4,200 rpm.

Ia juga dipadankan dengan kotak gear Lineartronic CVT dengan enam kelajuan. Malah ia juga menawarkan mod Intelligent dan Sport bagi memberikan kepuasan dalam pemanduan.

Selain itu, Forester 2.0i-L ini turut dipadankan dengan sistem Symmetrical Active Torque Split AWD, X-mode Off-road, Hill Descent Control dan Hill Start Assist.

DSC_4345

Untuk model ini, sedikit suntikan yang lebih segar ditampilkan terutamanya pada bahagian hadapan. Di mana bampar hadapannya berbentuk sedikit besar tetapi begitu menyerlah. Jeriji hadapannya juga tampil dengan rekaan dua lapisan yang membuatkan SUV ini agak sporty.

Malah kehadiran roof rail, lampu belakang yang diperkemaskan, rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar 225/60 R17 serta paip ekzos tunggal menambahkan imej bergaya Forester ini.

Manakala bagi ruang kabinnya, ia turut menampilkan sistem bunyi 2-DIn dengan enam pembesar suara dengan sambungan Bluetooth. Namun untuk model ini, ia tidak ditampilkan pedal aluminium, tombol gear balutan kulit dan juga kekemasan krom untuk hiasan dalaman.

DSC_4324

Namun turut ditampilkan dengan sistem kemasukan kunci pintar, zon berkembar sistem penghawa dingin automatik, lampu utama HID yang boleh dilaras secara automatik, auto wipers, lapan cara pelarasan tempat duduk pemandu, kamera undur, kawalan kelajuan dan tempat duduk balutan fabrik berwarna hitam.

Tidak dilupakan dengan elemen yang berkaitan aspek keselamatan. Subaru Forester 2.0i-L turut ditampilkan dengan tujuh beg udara, VDC, ABS, EBD dan Isofix.

DSC_4343

Model yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini, dijual pada harga atas jalan RM175,690 yang dilengkapi dengan insurans. Ia telah pun dipamerkan di bilik pameran Subaru Petaling Jaya dan difahamkan tempahan akan dihantar bermula Jun atau Julai ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *