Kempen Keselamatan Nissan 2014 dilancarkan

By  |  0 Comments

Pic_1

Atas kesedaran mengenai keselamatan jalan raya, hujung minggu lalu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan Kempen Keselamatan Nissan di LEGOLAND® Malaysia Resort.

Bersama objektif mahu meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai kemahiran keselamatan jalan raya yang penting untuk golongan dewasa dan kanak-kanak, kempen ini merangkumi tiga program iaitu Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan, Bengkel Keselamatan Jalan Raya Kanak-kanak atau ‘The Ride Way’ dan Program Pemanduan Selamat.

Bertemakan ‘Happiness in Motion’ yang diambil daripada konsep Nissan Grand Livina, ia mengingatkan kita bahawa kegembiraan paling indah adalah apabila ia dikongsi dengan mereka yang tersayang. Justeru, ETCM merakamkan detik “Kegembiraan adalah dengan mengutamakan keselamatan” pada Kempen Keselamatan Nissan yang terbaharu.

Pic_3

Kerjasama ETCM dengan rakan korporatnya, LEGOLAND Malaysia Resort dalam kempen keselamatan ini mampu membuatkan pembelajaran lebih seronok. Ini kerana ia menggabungkan proses pembelajaran dan masa berhibur untuk semua peserta dan keluarga masing-masing.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen, “ETCM berbesar hati untuk menganjurkan Kempen Keselamatan Nissan sekali lagi. Keselamatan para pelanggan dan keluarga mereka adalah amat penting kepada kami. Kami harap boleh berkongsi dan menyampaikan mesej-mesej keselamatan jalan raya yang penting bagi mengelakkan kemalangan jalan raya serta membantu menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kemalangan.”

Pic_7

Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan yang dianjurkan oleh ETCM dan dilaksanakan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam bermatlamat untuk berkongsi tip-tip berguna tentang bagaimana untuk menangani
situasi berbahaya berdasarkan situasi sebenar kemalangan jalan raya. Maka, pemandu akan lebih bersedia jika berdepan dengan situasi sebegini.

Manakala ‘The Ride Way’ iaitu Bengkel Keselamatan Jalan Raya Kanak-kanak yang diadakan di Sekolah Memandu Nissan di LEGOLAND Malaysia pula fokus untuk mendidik kanak- kanak mengenai kesedaran keselamatan jalan raya dengan mengajar mereka undang- undang lalu lintas, menghormati dan mematuhinya serta peka terhadap trafik di sekeliling mereka bagi mengelakkan kemalangan. Pada bulan Jun pula, bengkel ini akan diadakan di tadika-tadika dan pusat pendidikan swasta di Lembah Klang.

ETCM berhasrat untuk membawakan kempen keselamatan ini kepada semua pelanggan Nissan. Justeru, Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan akan diperluaskan ke seluruh Malaysia, diikuti oleh Program Pemanduan Selamat.

Screen Shot 2014-04-29 at 2.53.44

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Nissan www.nissan.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *