Honda City Mugen Prototype muncul di Filipina

By  |  0 Comments

honda-city-mugen-prototype-1

Biar pun Honda City 2014 baru sahaja dilancarkan di beberapa buah negara termasuk Malaysia, namun pihak Honda telah pun mempamerkan Honda City Mugen Prototype. Penampilan pertamanya telah berlangsung di Filipina di mana ia tampil lebih sporty dan mengujakan.

Honda City Mugen Prototype ini tampil dengan jeriji hadapan yang lebih unik, dilengkapi kit badan di sekelilingnya, kekemasan gentian karbon pada perumah cermin sisi, lid spoiler pada bonet belakang dan rim aluminium bersaiz 17 inci.

Buat setakat ini, pakej Mugen ini masih dilabel sebagai prototaip dan belum bersedia untuk diproduksikan. Tetapi menurut Honda Filipina, kemungkinan besar ia boleh didapati pada suku ketika tahun 2014 ini.

Dan nantikan juga pekembangan selanjutnya, adakah Honda City untuk pasaran Malaysia bakal menerima pakej pilihan Mugen ini seperti mana yang ditawarkan pada model Civic.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *