Subaru Outback 2015 menjadi antara perhatian di NYIAS

By  |  0 Comments

Outback2

Memilih kota metropolitan New York, Subaru mengambil keputusan untuk menayangkan model terbaharunya yang bakal dipasarkan pada musim panas ini, Subaru Outback 2015, sempena penganjuran New York International Auto Show (NYIAS). Berkongsi platform dengan Legacy terbaharu, Subaru menjanjikan keupayaan casis dan penjimatan bahan api yang paling cemerlang bagi model ini.

Subaru 2015 ini dikatakan sedikit besar berbanding dengan model sedia ada, iaitu lebih 15mm panjang, 18mm lebar dan jarak rodanya lebih 5mm. Malah ruang kabinnya juga mengalami peningkatan sehingga 76 liter iaitu menjadi 3,061 liter dengan ruang kargo mencapai keluasan 1,005 liter (atau 2,076 liter jika tempat duduk belakang dilipat pada nisbah 60:40).

Malah gaya luarannya juga mirip dengan Legacy baharu. Di mana penampilannya bersama lampu utama berbentuk mata helang dan jeriji trapezoidal membantunya menyerlah. Walau bagaimana pun, Outback masih mengekalkan gaya tipikalnya seperti penggunaan lampu kabus bersaiz besar di bahagian sudut hadapan dan rel bumbung.

Walau bagaimana pun, bahagian belakang Outback tampak diperbaharui dan mempunyai sedikit persamaan dengan model Legacy Wagon yang bakal dilancarkan. Malah ia juga dilengkapi dengan lampu belakang berkuasa yang boleh dilaraskan.

Berkenaan dengan rekaan dalamanya, Outback didatangkan dengan tiga tahap kekemasan berbeza iaitu Standard, Premium dan Limited. Di mana Premium menampilkan tempat duduk pemandu yang boleh dilaraskan sebanyak 10 cara, zon berkembar kawalan penghawa dingin automatik, dan enam pembesar suara bersama skrin sesentuh bersaiz tujuh inci.

Outback3

Manakala untuk Limited pula, ia dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 18 inci, tempat duduk balutan kulit upholstery, empat cara pelarasan tempat duduk pemandu bersama memori, tempat duduk belakang dengan suhu panas, sistem kemasukan tanpa kunci dan 12 pembesar suara bersama sistem bunyi Harman Kardon.

Outback baharu ini turut berkongsi penjana kuasa yang sama dengan Legacy iaitu enjin 2.5 liter yang mampu memberikan kuasa maksimum 175 hp pada 5,800 rpm dan tork 235 Nm pada 4,000 rpm. Dan untuk varian Limited pula, ia dijanakan oleh enjin 3.6 liter yang mampu menghamburkan kuasa 256 hp pada 6,000 rpm dan tork 334 Nm pada 4,400 rpm.

Outback15

SUV ini juga menawarkan penjimatan bahan api yang efisien iaitu 8.4 liter untuk setiap 100 km (untuk model 2.5L) dan 10.7 liter untuk setiap 100km bagi model 3.6L.

Kedua-dua varian turut dipadankan dengan Lineartronic CVT enam kelajuan yang turut disertakan dengan pedal penukar gear. Malah ia juga menampilkan sistem Symmetrical AWD dengan Active Torque Vectoring dan X-Mode yang diadaptasi daripada model Forester. Ia mampu memberikan pengendalian yang lebih mantap jika melibatkan pemanduan off-road dan mampu bekerjasama baik dengan Hill Descent Control.

Outback juga sangat mementingkan aspek keselamatan, maka Subaru telah memadankannya dengan Rear Vehicle Detection System dan EyeSight. Selain itu, ia turut menampilkan Blind Spot Detection, Lane Change Assist dan Rear Cross Traffic Alert (standard bagi Limited, pilihan untuk Premium). Malah varian Premium dan Limited turut menawarkan pilihan bagi Adaptive Cruise Control, Pre-Collision Braking dan Vehicle Lane Departure Warning.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq