Lotus buka pusat 4S pertama di Beijing

By  |  0 Comments

lotus-beijing-01-850x558

Group Lotus, syarikat milik penuh DRB-Hicom telah membuka pusat 4S pertamanya di Beijing dalam satu majlis khas yang dirasmikan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Turut hadir sama ialah Tan Sri Mohd Khamil Jamil, pengerusi eksekutif Proton dan pengerusi Group Lotus serta Aslam Farikullah, COO bagi Group Lotus.

Pusat 4S ini menyediakan perkhidmatan jualan, alat ganti dan bekalan, berada dalam lingkungan keluasan 1,000 kaki persegi terletak di Golden Port Motor Park. Malah pusat 4S ini turut menyediakan rumah kelab bagi pemilik Lotus, selain merangkumi bilik pameran, pusat penyelenggaraan, ruang jualan cenderahati, pusat latihan dan juga lounge.

lotus-beijing-02-850x525

Menurut Farikullah, pembukaan pusat 4S ini dilaksanakan berdasarkan perkembangan yang pesat di China yang telah membuka mata para pelabur perniagaan antarabangsa. Bahkan ia turut menjadi inspirasi buat Lotus untuk memilih Beijing sebagai lokasi pertama bagi pembukaan pusat 4S di negara tersebut.

Buat masa ini, Lotus telah pun mempunyai lapan pengedar di China, termasuklah di Shanghai, Chengdu dan Dalian. Antara model Lotus yang dipasarkan di negara tersebut ialah Evora S IPS, Exige S240/S260 dan Elise CR.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *