Nissan Versa Sedan 2015 bakal dilancarkan untuk pasaran US 16 April ini

By  |  0 Comments

versa8

Genap seminggu Nissan mendedahkan bakal memperkenalkan Nissan Versa Sedan 2015, semalam sudah tersiar beberapa keping imej rasminya.

Kenderaan sub-kompak sedan ini disuntik dengan rekaan yang lebih segar dan kemas. Bermula daripada jeriji dengan hiasan standard krom, gaya baharu bagi lampu kabus dengan rekaan berbeza bagi cermin sisi untuk varian SV dan SL.

versa6

Varian SV bakal tampil dengan rim aloi eksklusif bersaiz 15 inci. Manakala rekaan belakang Versa Sedan ini juga tampil lebih dinamik terutamanya pada bahagian bampar.

Bagi rekaan dalamannya, Versa Sedan mengimplementasi imej yang agak serupa dengan Versa Note untuk bahagian tengah pada papan pemukanya, juga diberi penambah baikan untuk paparan meter dengan LED berwarna putih, roda stereng berbentuk baharu yang ditampilkan dengan butang kawalan audio dan Bluetooth. Manakala tempat duduknya juga menerima padanan fabrik yang baharu.

versa2

Versa Sedan 2015 ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat silider yang mampu memberikan kuasa maksimum 109 hp pada 6,000 rpm dan tork puncak 145 Nm bermula 4,400 rpm. Ia turut dipadankan dengan dua pilihan transmisi iaitu manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan (untuk varian S) atau Xtronic yang dilengkapi dengan program pertukaran mod-D.

Bakal berada di pasaran US pada 16 April ini, Nissan Versa Sedan 2014 ini mempunyai empat pilihan varian iaitu S, S Plus, SV dan SL, dengan harga bermula USD$11,990 seunit. Dan sebagai pengetahuan, Versa Sedan ini juga adalah sama dengan versi Almera yang berada di pasaran Asia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq