Ford Focus Sedan 2015 bakal diperkenalkan

By  |  0 Comments

Focus1

Jika Geneva Motor Show ke-84 yang berlangsung baru-baru ini, Ford telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Focus versi hatchback dan wagon, kali ini giliran Focus sedan 2015 pula bakal dipamerkan di New York Auto Show 2014.

Seperti yang dijangka, Ford telah menampilkan jeriji hadapan yang diinspirasikan daripada model Aston Martin. Focus baharu ini kian menawan dengan padanan lampu utama rekaan semula. Malah lampu belakang juga diberi suntikan lebih segar, termasuklah dengan padanan kerangka bonet dan bampar belakang.

Tidak lupa juga dengan elemen-elemen terkini bagi bahagian dalamannya termasuk menampilkan kamera undur, skrin paparan sesentuh bersaiz 4.2 atau 8 inci yang dilengkapi dengan MyFord Touch. Bukan itu sahaja, sistem bantuan pemanduan, sistem Sync, tempat duduk yang diperbaharui dan konsol tengah yang dipertingkatkan memberikan kesegaran buat model Focus ini.

Ford turut menawarkan pakej SE Sport yang merangkumi sistem suspensi lebih teguh, kid badan, rim bersaiz 17 inci dan pedal penukar gear untuk model automatik.

Berkenaan dengan enjin pula, Focus Sedan akan dijanakan oleh enjin 1.0 liter tiga silinder EcoBoost yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Ford Focus sedan ini akan dipamerkan di New York Auto Show bersama-sama dengan Focus Elektrik. Manakala Focus ST juga akan diperkenalkan tahun ini dalam pameran automotif antarabangsa yang berlainan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *