Chevrolet Cruze baharu bakal ditampilkan dalam Auto China 2014

By  |  0 Comments

2015-chevrolet-cruze-leak-0001-850x465

Perkhabaran tentang generasi terbaharu Chevrolet Cruze bakal dipamerkan di Auto Shina 2014 penghujung April ini di Beijing kian jelas kedengaran.

Melalui foto yang dirakamkan ini, kelihatan Cruze baharu ini menerima suntikan imej yang lebih segar berbanding dengan model terdahulu. Kelihatan bampar hadapannya lebih tajam dan sedikit nipis. Berbanding dengan model terdahulu, bampar hadapannya lebih lebar dan tebal. Malah turut kelihatan padanan lampu pencahayaan siang (DRL) pada lampu kabusnya.

2015-chevrolet-cruze-leak-0003-850x435

Lampu belakangnya pula berbentuk U yang lebih menonjol dan mempunyai sedikit persamaan dengan Chevy Camaro.

Berkenaan dengan rekaan di dalam kabin, jelas aura elegan ditampilkan. Dengan kekemasan yang lebih rapi dan menampilkan tempat duduk balutan kulit berwarna coklat menggambarkan Cruze baharu ini memiliki personaliti tersendiri.

Untuk gambaran yang lebih jelas, nantikan perkembangan selanjutnya apabila ia didedahkan secara rasmi oleh Chevrolet kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *