Nissan Teana serba baharu sudah pun dilancarkan di Indonesia

By  |  0 Comments

Teana1
Sebelum Malaysia menerima kehadiran Nissan Teana serba baharu yang dijangka bakal diperkenalkan pada bulan Mei ini, negara jiran kita iaitu Indonesia telah pun melancarkannya pada minggu lalu. Merupokan generasi ketiga di dalam keluarga Teana, kali ini ia hadir dengan penampilan yang kebih sporty dengan membawakan konsep ‘Prestasi Pemanduan’.

Melihat akan penampilan yang cuba ditonjolkan, Teana memiliki kerangka yang lebih lebar dan nampak agresif menerusi pemandangan hadapan dengan kehadiran bentuk jeriji yang tajam diapit lampu utamanya dengan rekaan tiga dimensi. Malah bentuk lampu utamanya juga kelihatan mewat dengan memiliki sudut yang lebih tajam. Manakala lampu belakangnya pula LED dengan lekuk seperti huruf U.

Teana2

Tidak seperti model terdahulu, kali ini Teana tidak lagi mempertaruhkan enjin berkonfigurasi V6. Sebaliknya memilih enjin 2.5 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 170 hp serta dipadankan dengan teknologi Xtronic CVT.

Antara elemen baharu yang ingin ditonjolkan ialah Spinal Support Front Seat Technology yang mampu mengurangkan ketegangan pada tulang punggung dengan sokongan yang lebih padu bagi membuatkan pemandu dan penumpang hadapan lebih selesa apatah lagi jika membabitkan perjalanan yang jauh. Malah Teana baharu ini juga dilengkapi dengan Active Trace Control, Inteligent 3D Display bersaiz empat inci dan sembilan pembesar suara keluaran BOSE.

Malah bagi rekaan dalamannya, ia menerapkan imej yang penuh elegan dan eksklusif.

Nissan Teana serba baharu ini dijual pada harga atas jalan Rp 535 juta (RM154,080).

Teana3

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq