Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-440 MR untuk pasaran UK

By  |  0 Comments

EVO

Mitsubishi telah mengumumkan perancangan untuk menawarkan Lancer Evolution X FQ-440 MR bagi pasaran United Kingdom (UK).

Ia adalah sempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 jenama itu di UK. Model edisi istimewa itu hadir secara eksklusif dan dilengkapi dengan lampu utama bi-xenon dan rim aloi BBS bersaiz 18 inci.

Manakala bahagian kabin tidak mengalami perubahan yang ketara. Namun ia dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit Recaro, roda stereng balutan kulit, navigasi GPS dan sistem audio Rockford Fosgate.

Dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder yang turut dilengkapi dengan pengecas turbo HKS, ia mampu menyalurkan kuasa maksimum 440 hp dan tork puncak 558 Nm. Dipadankan dengan kotak gear klac berkembar Sports Shift Transmission enam kelajuan yang mampu membantu jentera ini dipacu bagaikan roket!

Lain-lain elemen yang turut diterapkan pada jentera ini ialah ekzos sports, intercooler piping kit, brek Alcon, dan gegelung spring Eibach. Malah jentera ini turut dilengkapi dengan perakam data yang mampu merekodkan maklumat seperti cara pemanduan, prestasi, diagnosis kenderaan dan lokasi terbaharu.

Hanya diproduksi dalam 40 unit sahaja, ia akan dijual pada harga bermula £50,000 ($82,725 / €59,995).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *