Ford Everest Concept ditayangkan di Bangkok International Motor Show

By  |  0 Comments

Ford Everest Concept_3

Ford turut tidak ketinggalan di dalam menayangkan model konsep SUV ciptaannya iaitu Ford Everest sempena dengan Bangkok International Motor Show 2014 yang sedang berlangsung. Pernah dipamerkan di peringkat global di Sydney pada Ogos 2013 yang lalu, Ford menganggap Everest sebagai hala tuju baharu bagi memproduksikan sebuah SUV tujuh tempat duduk bersaiz sederhana.

Merupakan gabungan terbaik daripada segi kekuatan, gaya dan teknologi, Ford Everest mahu menjadikan Asia dan global sebagai sasaran pasarannya. Menampilkan reka bentuk yang mengagumkan, generasi baharu Everest ini bakal diproduksi di Thailand.

Menampilkan rekaan bentuk penuh kuasa, Ford Everest Concept dibina berdasarkan kepada hala tuju reka bentuk utama Ford yang menggabungkan rekaan kemas dan halus dengan perincian teknikal yang berani dan lasak. Lampu utama disambungkan dengan gril berbentuk trapezoidal yang diletakkan tinggi pada bahagian hadapan. Rekaan ini membolehkan para pereka memaksimumkan dimensi lampu utama, menawarkan kefungsian lebih baik, di samping menyerlahkan kelebaran jeriji dan SUV ini.

Ford Everest Concept_4

Rekaan lampu utama nyata kelihatan moden dan aerodinamik. Profail jentera ini dibina dengan rekaan sisi badan yang kemas dan memberikan Ford Everest Concept rasa yang moden dan sofistikated.

Pada bahagian belakang kenderaan pula, para pereka meletakkan lampu yang menyerlah. Ia membuatkan bahagian ini kelihatan tegap yang kontras dengan reka bentuk empat segi dan pintu belakang rata yang ada pada SUV tradisional. Digabungkan dengan ruang kelegaan tanah yang menunjukkan kemampuan off-road kenderaan ini, reka bentuk Ford Everest Concept yang tersendiri merupakan refleksi kepada DNA SUV Ford yang seronok dipandu.

Ford Everest Concept_2

Bagi membuktikan fizikal yang lasak dan kemampuannya yang mengagumkan, Ford Everest Concept tampil dengan warna merah bersama percikan warna oren yang dikenali sebagai “Sunset Flare”. Berani dan berkuasa, ia memiliki kehangatan yang menyerlahkan kualiti premium kenderaan ini.

Presiden Ford ASEAN, Matt Bradley, berkata, “Everest Concept menyerlahkan visi kami mengenai sebuah kenderaan global Ford dengan warisan serantau yang membolehkan para pelanggan mengatasi segalanya. Ia juga menunjukkan bahawa bagaimana kami terus mengimplementasikan transformasi berasaskan kepada produk dan menambah bilik pameran kami di seluruh rantau ASEAN.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *