Toyota Yaris 2014 mempertaruhkan elemen sporty & dinamik

By  |  0 Comments

Yaris (front)

UMW Toyota Motor telah mendedahkan perincian Toyota Yaris serba baharu yang telah pun mula menerima tempahan sejak 21 Mac yang lalu. Mengetengahkan rekaan luaran yang yang lebih sporty dan dinamik, ia menjadi sasaran utama untuk mempromosikan lagi jentera berenjin 1.5 liter VVT-i yang dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan ini.

Bukan itu sahaja, rekaan di dalam kabin juga dititik beratkan dengan menawarkan ruang dengan keluasan sederhana dan hiasan papan pemuka yang tidak begitu sarat serta butang-butang kawalan yang mudah dikendalilan.

Toyota Yaris serba baharu ini turut menawarkan keselesaan pemanduan dan pengendalian yang terbaik. Kerangkanya telah dikurangkan beratnya tetapi diolah secara lebih tegar dan mantap. Hasil penambah baikan struktur kerangka, secara tidak langsung ia menambahkan lagi kestabilan pada jentera. Malah kerangka yang ringan ini juga membantu daripada segi penjimatan bahan api yang lebih efisien.

Selain itu, ruang kargonya juga telah dipertingkatkan daripada 228 liter menjadi 309 liter. Yaris juga tampil dengan sistem kunci pintas dan butang penghidup enjin.

Yaris (back)

Untuk aspek keselamatan, Yaris dilengkapi dengan ABS, EBD dan BA, dua beg udara SRS, dan Isofix.

Hanya satu sahaja varian yang ditawarkan iaitu 1.5G A/T dengan harga atas jalan iaitu RM101, 700.00 (Semenanjung Malaysia), RM103, 621.10 (Sabah), RM103, 671.10 (Sarawak), RM63,606.95 (Langkawi) dan RM64,753.65 (Labuan).

Tampil dengan lima pilihan warna iaitu kelabu metalik, perak metalik, merah metalik, putih dan juga jingga metalik, Yaris dipercayai mampu menambat hati golongan muda untuk memilikinya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *