Lotus Exige S Roadster dilancarkan – Berharga dari RM452k

By  |  0 Comments

ExigeS08

Masih menganggap Malaysia sebagai salah satu pasaran Asia terbaik untuk model jenama Lotus, hari ini, Lotus Exige S Roadster serba seksi pula diperkenalkan. Majlis pelancarannya berlangsung di bilik pameran Lotus yang terletak di Sg.Penchala, Petaling Jaya yang turut diserikan dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamed selaku Penasihat Proton.

Sejak dibuka setahun yang lalu, Exige S Roadster merupakan model ketiga Lotus yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia selepas Elise S dan Exige S.

Dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 dengan kuasa Harrop HTV 1320 supercharger, ia mampu menghamburkan 345 hp pada 7,000 rpm dan tork puncak 400 Nm pada 4,500 rpm. Juga dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

ExigeS06

Mampu mencapai kelajuan maksimum daripada titik sifar hingga 100km/j dalam hanya 3.9 saat, Exige S Roadster ini mampu dilenjan selaju 233km/j.

Ditawarkan pada harga atas jalan bermula RM452,030.00 tanpa insurans, pembelian Exige S Roadster ini turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000 km (yang mana terlebih dahulu).
Spesifikasi :

Enjin : 3.5 liter 24-injap DOHC V6 VVT-I berkembar dengan Harrop HTV 1320 Supercharger
Transmisi : Manual dengan 6-kelajuan
Kuasa maksimum : 345 hp @ 7,000 rpm
Tork maksimum : 400 Nm @ 4,500 rpm

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *