Peugeot Desa Pandan dinaik taraf menjadi pusat 3S

By  |  0 Comments

NASIM

Sebelum ini, cawangan Peugeot Desa Pandan hanyalah pusat 1S iaitu untuk jualan kenderaan jenama ini sahaja. Namun sebagai memenuhi permintaan pasaran, ia telah dinaik tarafkan sebagai pusat 3S dan merupakan cawangan kelima yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Berkeluasan 35,000 kaki persegi dan dibina dengan kos melebihi RM1.5 juta, Peugeot Desa Pandan ini bersedia memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di Bandar Baru Wangsa Maju, Bukit Bintang, Pudu, Maluri, Pasar Seni, Chinatown, Chow Kit, Jalan Raja Laut , Dataran Merdeka, Istana Budaya, Istana Negara, Jalan Ampang, Jalan Kia Peng, Jalan Keramat, Jalan Maktab, Jalan Maharajalela, Jalan Semarak, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Kampung Attap, Kampung Baru, KLCC, Masjid Jamek, Dang Wangi, Pandan Perdana, Desa Pandan, Pekeliling dan Jalan Pahang Titiwangsa.

Ia turut dilengkapi dengan lounge pelanggan , bilik mesyuarat, WiFi dan kedai menjual barangan rasmi Peugeot. Pusat perkhidmatan ini dilengkapi dengan dua ruang servis dengan kemampuan untuk penyelenggaraan 15 biji kereta sehari.

Desa Pandan Launch 2

Menurut CEO Nasim Sdn.Bhd, Dato’ Samson Anand George, pihaknya sedang merancang untuk membangunkan sepuluh lagi cawangan pada masa akan datang. Malah telah bersedia untuk memenuhi sasaran jualan 7,000 unit bagi tahun ini dengan peningkatan lapan peratus daripada tahun 2013.

Beliau menambah, kecenderungan jualan jenama dari Perancis seperti Peugeot naik sebanyak tujuh peratus pada tahun 2013 berbanding 2012. Ia juga memberi kesan dalam jualan kenderaan Peugeot tahun lepas di mana terdapat peningkatan sebanyak enam peratus pada 2013 berbanding dengan 2012.

Semua model Peugeot mempunyai jaminan lima tahun tanpa had perbatuan bersama-sama dengan 24 jam perkhidmatan Peugeot Assistance Nasim, akses percuma ke Lounge Peugeot di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq