Hyundai-Sime Darby Motors mahu mengembangkan lagi rangkaian pusat 3S

By  |  0 Comments

Hyundai 3S Centre

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini dalam perancangan untuk membuka enam lagi pusat 3S menjelang tahun ini sebagai memenuhi permintaan para pelanggan.

Selain daripada itu, pusat 3S ini turut mampu menjadi pusat sehenti bagi para pelanggan. Di mana ia menawarkan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan dan alat ganti yang diperlukan.

Dalam empat tahun kebelakangan ini,HSDM dan para pengedarnya telah membelanjakan sejumlah RM146 juta untuk membina pusat 3S di seluruh negara untuk memenuhi pertambahan kenderaan jenama Hyundai di negara ini.

Buat setakat ini, HSDM telah pun memiliki sembilan pusat 3S di bahagian sentral, tujuh di utara, lima di selatan dan dua di bahagian Pantai Timur bagi memenuhi perkhidmatan sejumlah 147,049 buah kenderaan Hyundai yang mendaftar di Malaysia.

Hyundai i40 Cover Infokereta

Oleh itu, HSDM mensasarkan untuk menambah lagi sembilan pusat 3S menjadikannya sebanyak 29 buah di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Antara sembilan pusat 3S yang bakal dibuka itu akan berada di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Jalan Ampang, Sungai Petani, Kuantan dan Kota Kinabalu.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun, selain bagi memenuhi permintaan para pelanggan, perancangan mengembangkan lagi pusat 3S ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang paling efektif serta bersifat mesra pelanggan.

Malah pasukan yang terlibat di dalam perkhidmatan yang ditawarkan turut diberikan latihan yang terbaik bagi meningkatkan lagi kualiti yang diperlukan. Malah ia sangat penting bagi memberikan keyakinan pada para pelanggan.

Untuk memudahkan lagi urusan, pusat 3S ini juga bakal menawarkan perkhidmatan seumpamannya pada hujung minggu termasuk hari Ahad. Malah HSDM turut menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan termasuk kos buruh secara percuma pada setiap hari Rabu.

Sebagai tambahan, perkhidmatan percuma lain yang ditawarkan ialah pemeriksaan 20-mata, G-Scan Digital Vehicle Health Screening dan juga khidmat membasuh kenderaan di semua pusat perkhidmatan Hyundai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *