Toyota Camry 2.0G X lebih menawan

By  |  0 Comments

Camry X Front

Semalam InfoKereta telah memaparkan artikel mengenai Toyota Camry 2.0G X yang sudah mula dibuka tempahannya, hari ini UMW Toyota mendedahkan imejnya pula.

Ternyata paras rupanya yang lebih menawan mampu dijadikan tarikan utama. Daripada sudut teknikal, ia memang tidak ada perubahan dan masih menggunakan ‘jantung’ yang sama dengan barisan Camry masa kini iaitu 2.0 liter empat silinder dan dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Camry X rear

Namun Camry 2.0G X ini tampil dengan rim aloi bersaiz 17 ini dan lampu utama projektor HID bagi menyerlahkan lagi imej luarannya.

Selain daripada itu, bahagian dalamannya turut diperkemaskinikan dengan menampilkan kerusi balutan material kulit upholstery berwarna coklat gelap dan juga kekemasan unik kayuan menghiasi bahagian papan pemukanya.

Camry X Interior

Lain-lain elemen yang diterapkan ialah unit kepala 2-DIN baharu dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, pemain DVD, Bluetooth, sambungan telefon pintar, navigasi dan kamera undur.

Camry 2.0G X ini ditawarkan pada harga atas jalan RM159,000 seunit yang dilengkapi dengan insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *