MINI Cooper dan MINI Cooper S generasi ketiga dilancarkan – Berharga RM179k – RM249k

By  |  0 Comments

F56_MINI_Cooper_S_Malaysia_007

MINI Malaysia hari ini memperkenalkan MINI Cooper dan MINI Cooper S generasi ketiga. Varian terbaharu itu mengekalkan aspirasi model terdahulu yang menjadi jenama kereta kompak premium paling menarik di dunia. Penambah baikan signifikan dilakukan kepada semua aspek seperti keseronokan pemanduan, kualiti premium dan keupayaan yang terus menyerlahkan gaya MINI yang tidak dapat ditiru.

MINI edisi baharu ini mengetengahkan ciri rekaan utama, enjin-enjin generasi baru untuk meningkatkan keseronokan memandu serta kecekapan, di samping teknologi perhubungan dan fungsi yang inovatif.

Berpegang kepada komitmen BMW Group untuk menawarkan kualiti premium, serta yang terbaik dari segi prestasi dan kecekapan, MINI baharu kini menampilkan keseimbangan yang lebih optimum di antara keseronokan memandu dan penjimatan bahan api. Semua varian kini dilengkapi Teknologi Turbo MINI TwinPower bagi menyerlahkan lagi kualiti pemanduan seperti go-kart yang sememangnya sudah menjadi tanda dagang buat MINI.

Sementara pengenalan transmisi automatik enam kelajuan sebagai satu ciri standard pula pasti menyumbang kepada peningkatan kecekapan menerusi pengurangan berat dan kelancaran penukaran gearnya.

Reka bentuk luaran MINI juga telah diperhalusi secara evolusionari bersama penampilan berkuasa yang ditambah baik bagi mengukuhkan lagi karekter sporty MINI baharu. Ia ditawarkan dalam dua varian MINI Cooper iaitu MINI Cooper dan MINI Cooper Chilli, selain dua varian untuk MINI Cooper S ialah MINI Cooper S dan MINI Cooper S Wired.

Kerangka MINI baharu adalah sepanjang 3,821mm, manakala panjang MINI Cooper S adalah 3,850mm iaitu selebar 1,727mm dan tinggi 1,414mm. Ukuran ini menjadikannya 98mm lebih panjang, 44mm lebih lebar dan 7mm lebih tinggi berbanding model terdahulu. Jarak rodanya telah ditambah sebanyak 28mm kepada 2,495mm.

Manakala MINI Cooper S pula memiliki dimensi keseluruhan 1,485mm. Semua dimensi baharu ini akan memberi kelebihan pada kemampuan ketika membelok, keselesaan pemanduan, ruang untuk penumpang serta volum bahagian penyimpanan barang di dalam kereta.

F56_MINI_Cooper_Malaysia_002

Jarak ubah suai yang ditambah pada tempat duduk hadapan termasuklah permukaan tempat duduk yang dipanjangkan sebanyak 23mm untuk tambahan ruang kaki. Ruang kargo MINI baharu juga ditingkatkan sebanyak 51 liter menjadi 211 liter secara keseluruhannya.

Penampilan MINI baharu yang cukup dikenali itu diserlahkan lagi melalui gayaan ikonik jenama tersebut. Struktur badannya dipisahkan kepada tiga elemen di mana bahagian korpus, rumah hijau dan bumbung dibezakan dengan jelas di antara satu sama lain dari segi visualnya. Permukaan kaca dan kolum-kolum badannya membentuk satu pelindung yang harmoni, merangkumi keseluruhan kereta.

F56_MINI_Cooper_S_Malaysia_006

Sementara bahagian sisinya menyaksikan grafik tingkap meruncing ke bahagian belakang untuk menghasilkan bentuk baji yang dinamik. Susuk tubuh MINI baharu yang atletik diserlahkan melalui garis visual di antara pelindung roda hadapan dan belakang. Penampilan ini diperoleh menerusi garis sil yang jelas dan menggambarkan keluk yang dinamik pada bahagian hadapan dan belakang. Sekali gus mengarahkan perhatian kepada kesemua pelindung rodanya yang besar.

Varian-varian MINI baharu boleh dikenal pasti menerusi jejari gril radiator, hendal pada bahagian belakang berwarna putih aluminium, garis bampar dengan warna hitam berkilat dan elemen kemasan krom pada paip ekzos. Varian MINI Cooper S pula menyerlahkan penampilannya yang sporty menerusi ciri-ciri seperti gril radiator dengan corak sarang lebah, jalur bampar berwarna kelabu antrasit dan paip ekzos yang diletakkan di tengah-tengah. Gril radiator pada varian sporty ini juga ditampal dengan logo ā€œSā€ bersama kemasan berwarna krom.

Reka bentuk lampu bulat yang klasik pada MINI baharu telah diubah dengan menampilkan lingkaran krom yang lebar di sekelilingnya dan lampu tambahan diintegrasikan pada apron hadapannya. MINI Cooper baharu didatangkan dengan lampu jenis Halogen dan lampu kabus untuk varian asas. Sementara lampu pencahayaan siang hari LED berwarna putih, lampu utama LED serta lampu kabus yang menawarkan sumber lampu rendah dan tinggi hadir sebagai ciri standard untuk varian MINI Cooper Chilli, MINI Cooper S dan MINI Cooper S Wired.

Daripada segi pilihan rim pula, MINI baharu menawarkan rim Loop Spoke Silver bersaiz 16 inci untuk varian MINI Cooper dan rim Tentacle Spoke Silver bersaiz 17 inci bagi varian MINI Cooper S.

Buat pertama kalinya dalam tempoh lebih separuh abad, kedua-dua enjin tiga dan empat slinder dengan Teknologi Turbo MINI TwinPower akan digunakan pada varian MINI baharu. Enjin petrol ini memiliki teknologi pengecas turbo, pancitan terus bahan api dan kawalan aci sesondol boleh ubah pada bahagian pengambilan dan ekzos (double VANOS).

Semua varian turut dilengkapi sistem kawalan injap boleh ubah dalam bentuk VALVETRONIC yang telah dipatenkan oleh pihak BMW Group. Hasilnya, ia mampu meningkatkan keseronokan pemanduan melalui peningkatan prestasi dan penjimatan bahan api serta emisi sehingga 27 peratus.

Nadi varian MINI Cooper ialah enjin petrol tiga silinder bersesaran 1.5 liter yang mampu menjana kuasa maksimum 136hp dengan tork puncak 220Nm demi menawarkan prestasi pemanduan lebih sporty berbanding model sebelumnya. MINI Cooper baharu boleh memecut daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 210km/j. Purata penggunaan bahan apinya pula sekitar 4.7 liter bagi setiap 100km dan tahap bacaan emisi CO2 sebanyak 109g/km.

Varian MINI Cooper S baharu pula dilengkapi enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter yang lebih berkuasa. Ia mampu menjana kuasa sehingga 192hp dan tork maksimum 280Nm. MINI Cooper S baharu boleh memecut daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat dan mampu mencatat kelajuan maksimum 233km/j. Di sebalik pecutan yang mengagumkan itu, penggunaan purata bahan api berdasarkan kepada ujian EU hanyalah 5.4 bagi setiap 100km dengan bacaan emisi CO2 cuma 125g/km.

Keseronokan pemanduan di bandar ditambah dengan sentuhan satu butang kerana MINI baharu kini menggabungkan transmisi automatiknya dengan fungsi enjin automatik start/stop buat pertama kalinya. Fungsi ini berperanan menghalang penggunaan minyak yang tidak perlu disebabkan oleh enjin melahu di persimpangan jalan atau ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Khas untuk varian MINI Cooper S baharu ialah transmisi automatik enam kelajuan Sports yang menawarkan tempoh penukaran gear lebih pendek. Ia juga boleh dioperasikan dalam mod manual menggunakan pedal penukar gear yang terletak di bahagian belakang stereng.

Opsyen Mod Pemanduan MINI baharu menyediakan asas terbaik untuk pemanduan yang seronok dan mengujakan, selain penjimatan yang dimahukan oleh pemandu. Suis rotari yang terletak di bahagian bawah tuil gear digunakan untuk mengaktifkan mod MID standard, SPORT atau GREEN.

Mod GREEN menawarkan gaya pemanduan santai dan menjimatkan minyak di mana tenaga yang digunakan untuk menjana fungsi-fungsi elektrikal seperti pendingin hawa dan pemanas cermin sisi dikurangkan. Di dalam kereta yang dilengkapi transmisi automatik, fungsi luncuran (coasting) akan diaktifkan sebaik sahaja pedal pendikit dilepaskan, apabila rangkaian kuasa berada pada kelajuan di antara 50 dan 160km/j.

F56_MINI_Cooper_S_Malaysia_008

MINI baharu akan terus bergerak dengan enjin berada pada kelajuan melahu dan kadar penggunaan minyak yang minimum. Sementara pada mod SPORT memegang gear dalam tempoh lebih lama dan menukar pemetaan enjin agar bunyi dan rasanya menjadi lebih agresif untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporty. Mod MID pula menggabungkan karekter mod GREEN dan SPORT untuk memberikan pengalaman pemanduan yang seimbang.

Sebagai tambahan kepada lengkuk karekteristik pendikit, stereng dan bunyi enjin, mod-mod Pemanduan MINI turut mempengaruhi ambien cahaya dan paparan pada panel instrumen utama untuk menunjukkan sama ada persekitaran yang sporty atau santai bagi disesuaikan dengan gaya pemanduan dan mood pemandunya.

Binaan ringan pintar yang dibangunkan untuk MINI baharu turut ditingkatkan ketegarannya, sekali gus menjadikannya lebih lincah dan dapat melindungi penumpangnya. Struktur galas yang lasak, zon remuk yang direka secara optimum dan kerangka ruang penumpang yang sangat stabil menyediakan asas kukuh bagi memastikan kuasa impak tidak mengenai penumpang, justeru memastikan perlindungan yang maksimum.

MINI baharu juga menampilkan sistem keselamatan tambahan yang didatangkan sebagai ciri standard. Ia merangkumi beg udara hadapan, sisi dan jenis curtain untuk pemandu dan penumpang. Semua tempat duduk dipasang dengan tali pinggang keledar tiga poin dengan peregang dan pengehad daya di bahagian hadapan. Selain ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak di bahagian belakang.

F56_MINI_Cooper_Malaysia_003

Dalam kemalangan yang melibatkan pejalan kaki, alat pengesan khas akan mengaktifkan mekanisma pyrotechnical dengan menaikkan bonet enjin untuk memberi ruang deformasi dan mengurangkan risiko kecederaan apabila terkena bahagian enjin yang keras. Terdapat juga penyerap hentak impak, ia secara tepat mengurangkan elemen deformasi dan sebahagian daripada bonet aktif, semua elemen ini mampu mengurangkan risiko kecederaan ke atas pejalan kaki.

Garis-garis yang tepat, warna mewah, kombinasi material dan kefungsian moden membuktikan orientasi utama MINI baharu terhadap keseronokan memandu dan ambien ruang kabin yang premium. Reka bentuk yang lebih sofistikated dan berkualiti tinggi pada MINI baharu dapat dilihat pada struktur kokpit menegak yang klasik dan kontur bulat pada ciri-ciri utama seperti corong udara serta elemen kemasan instrumen dan pintunya.

F56_MINI_Cooper_S_Malaysia_002

Paparan baharu menampilkan konsep operasi yang inovatif, asas ideal untuk kawalan yang selamat, intuitif dan mudah terhadap sistem bantuan pemandu, infotainmen dan keselesaan. Semua fungsi ini juga telah dipertingkatkan secara signifikan.

Salah satu ciri paling penting pada MINI baharu ialah kluster instrumen pada kolum sterengnya. Pecutan, kelajuan enjin dan takat bahan api dipaparkan dalam susunan menegak dalam instrumen yang berbentuk bulat. Sementara itu, penunjuk meter laju mempunyai satu panel warna untuk mesej Kawalan Pemeriksaan (Check Control), paparan status kenderaan dan indikator visual yang berkaitan dengan sistem bantuan pemanduan yang sedang diaktifkan.

Satu lagi ciri baru yang jelas pada MINI baharu ialah sistem kemasukan tanpa kunci, di mana enjin kereta kini boleh dihidupkan dengan hanya menekan butang start/stop yang terletak tengah-tengah konsol. Ia akan berwarna merah sebaik sahaja diaktifkan. Di atas suis toggle terdapat tiga suis berbentuk bulat untuk pendingin hawa. Posisi suis lampu utama dan lampu kabus juga telah dialihkan ke kluster instrumen yang terletak bersebelahan stereng.

Untuk ruang dalaman, varian asas MINI Cooper menawarkan upholsteri fabrik berwarna hitam (Cloth Firework Carbon Black) bersama kemasan berwarna kelabu (Hazy grey), garis dalaman krom, pendingin hawa manual, MINI Radio Basis dengan fungsi Bluetooth serta stereng pelbagai fungsi yang dibalut kulit dengan kawalan lampu dan alat pengesan hujan automatik.

Varian MINI Cooper Chilli pula menawarkan tambahan upholsteri jenis kulit berwarna hitam (Leather Cross Punch Carbon Black), pendingin hawa automatik dua zon, MINI Radio Visual Boost serta tempat duduk sport untuk pemandu dan penumpang.

Untuk varian MINI Cooper S, model asasnya ditawarkan dengan upholsteri jenis kulit berwarna hitam (Leather Cross Punch Carbon Black) dengan kemasan Black Checkered, garis dalaman krom, kemasan bumbung berwarna kelabu Antrasit, cermin pandang belakang anti silau, pendingin hawa automatik dua zon, MINI Radio Visual Boost, stereng multi fungsi John Cooper Works yang dibalut kulit dengan kawalan lampu dan alat pengesan hujan automatik serta tempat duduk sport untuk pemandu dan penumpang. M

anakala varian MINI Cooper S Wired pula ditambah dengan perehat tangan, sistem hi-fi Harman Kardon bersama 12 unit pembesar suara dan tambahan fungsi Kawalan Suara.

Dengan elemen-elemen indikator yang baru dan pertambahan fungsinya, panel instrumen tengah MINI yang terkenal itu mengukuhkan lagi interaksi di antara pemandu dan kereta. Sistem MINI Connected yang menjadi ciri standard untuk varian MINI Cooper Chilli, MINI Cooper S dan MINI Cooper S Wired menawarkan integrasi telefon pintar di dalam kereta secara ekstensif. Ia juga membolehkan perkhidmatan berasaskan internet dari segi infotainmen, komunikasi dan pengalaman pemandu digunakan. MINI Connected ditawarkan menerusi skrin warna bersaiz 6.5 inci pada varian MINI Cooper Chilli dan MINI Cooper S.

Manakala varian MINI Cooper S Wired mempunyai paparan skrin warna bersaiz 8.8 inci yang memaparkan maklum balas operasi fungsi kenderaan, pendingin hawa, infotainmen, komunikasi, peta navigasi dan arah laluan serta grafik khas untuk MINI Connected Services.

Program-program MINI Connected disediakan melalui aplikasi telefon pintar. Ini termasuklah fungsi-fungsi berkaitan dengan kereta seperti Mission Control, Dynamic Music, Driving Excitement dan MINIMALISM Analyser. Di samping perkhidmatan berasaskan dalam talian seperti fungsi web radio, penerimaan berita RSS dan penggunaan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Foursquare. Semua fungsi itu boleh dioperasikan dalam stail tipikal MINI ā€“ selesa, intuitif dan selamat.

Pemilihan dan kawalan fungsi-fungsi ini dibantu oleh alat kawalan baharu pada konsol tengah yang hadir bersama ciri Radio MINI Visual Boost untuk varian MINI Cooper Chili dan MINI Cooper S. Sementara sistem navigasi Professional dipasang pada varian MINI Cooper S Wired. Paparan dan konsep operasi yang inovatif disokong oleh rekaan pencahayaan panel instrumen tengah yang memang unik pada MINI.

Butiran lampu LED pada keliling instrumen yang berbentuk bulat (pilihan) boleh didapati dalam enam warna. Ia mampu memberi maklum balas kepada situasi terkini di atas jalan raya dan langkah operasi khusus, berdasarkan kepada pilihan pemandu.

Ruang dalaman MINI baharu bukan sahaja menarik perhatian di siang hari, malah konsep pencahayaannya yang unik turut menukar pemanduan pada waktu malam menjadi satu pengalaman yang mengasyikkan. Pakej MINI Excitement didatangkan sebagai satu ciri standard untuk varian Cooper dan Cooper S sebagai sebahagian daripada set-up standard pencahayaan dalaman. Instrumen dan modul-modul operasi diiluminasi, tidak terkecuali kemasan pintu dan kawasan konsol tengah.

Pemandu juga boleh menukar skim pencahayaan dalaman kereta kepada empat warna berbeza iaitu biru (Sky Blue), kuning (Sunrise Yellow), oren (Sunset Orange), merah jambu (Cool Pink), hijau (Flashy Green) atau merah (Devil Red).

Ciri standard yang ditambah pada MINI baharu untuk meningkatkan keselesaann dan gaya individu termasuklah cermin sisi yang boleh dilaras secara automatik, jalur pelindung sil pada pintu dengan penerangan model secara spesifik, Garis-garis Warna dengan warna hitam (carbon Black), sistem pendingin hawa automatik dua zon, alat pengesan hujan dah kawalan lampu automatik, sistem hi-fi Harman Kardon serta stereng sports yang dibalut dengan kulit. Opsyen lain ialah perumah cermin sisi dengan pemanas dan boleh dilipat, serta fungsi anti silau pada cermin pandang belakangnya.

MINI Cooper dan MINI Cooper S boleh didapati dalam sepuluh warna berbeza dengan penambahan warna-warna MINI baharu iaitu oren (Volcanic Orange), kelabu (Moonwalk Grey), merah (Blazing Red), biru (Deep Blue) dan kelabu (Thunder Grey) yang eksklusif untuk varian MINI Cooper S sahaja. Manakala bahagian bumbung, perumah cermin sisi dan jalur pada bonet ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu putih atau hitam.

MINI Cooper Chillidan MINI Cooper S Wired hadir dengan pakej MINI Service Inclusive yang menawarkan penjagaan selepas jualan komprehensif selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 50,000km. Program ini juga ditawarkan kepada varian asas MINI Cooper dan MINI Cooper S dengan kos tambahan sebanyak RM5,900.

Jentera ini boleh didapati di semua lapan pengedar MINI di seluruh negara pada acara MINI Weekend yang bakal berlangsung pada hujung minggu 12 dan 13 April 2014.

Anggaran harga atas jalan (tidak termasuk insurans) MINI Cooper dan MINI Cooper S baharu ialah:

MINI Cooper – RM 178, 888
MINI Cooper Chilli – RM 198, 888
MINI Cooper S – RM 228, 888
MINI Cooper S Wired – RM 248, 888

F56 MINI Cooper S Wired

F56 MINI Cooper Chilli

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq