NAZA Italia dinobatkan sebagai ‘Pengedar Ferrari Tahunan Asia Tenggara 2013’

By  |  0 Comments

458Speciale26

Selepas tercalon sebagai salah satu daripada empat pengedar paling top dunia ketika berlangsungnya Persidangan Global Ferrari di Maranello, Itali, November lalu, baru-baru ini NAZA Italia Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai ‘Pengedar Ferrari Tahunan Asia Tenggara 2013’. Ia merupakan pengiktirafan pertama buat NAZA Italia semenjak menjadi pengedar utama jenama ini bagi Malaysia pada tahun 2009.

Pencalonan ‘Pengedar Tahunan’ ini dinilai melalui beberapa faktor seperti pencapaian sasaran, prestasi keseluruhan dan sebagainya.

Malah menerusi pengiktirafan ini juga terbukti kredibiliti dan reputasi yang ditonjolkan oleh NAZA Italia termasuklah menyediakan ruang pameran perdana seluas 45,000 kaki persegi yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Di mana ia mempamerkan model-model terkemuka Ferrari termasuklah California, 458 Italia, 458 Spiderm FF, F12berlinetta dan terbaharu 458 Speciale.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat NAZA, Datuk Wira Haji SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, NAZA Italia sentiasa mengutamakan kehendak dan keperluan para pelanggan. Malah NAZA Italia sangat berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan dan ia juga sebagai bukti komitmen serta hasil kerja keras selama ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *