Kempen jualan Toyota Fantastic Rewards & siri jelajah sepanjang Mac ini

By  |  0 Comments

pict1

Sepanjang bulan Mac ini, UMW Toyota Motor (UMT) telah melancarkan kempen jualan Toyota Fantastic Rewards dan program siri jelajah seluruh negara. Ia berlangsung sehingga 31 Mac ini di bilik pameran Toyota dan menawarkan pelbagai promosi menarik dengan setiap pembelian mana-mana model Toyota.

Antara tawaran menarik yang boleh didapati sepanjang kempen ini ialah skim kadar faedah rendah sehingga 0.68 peratus untuk model Camry (mengikut terma dan syarat). Sebagai tambahan, para pelanggan juga boleh menikmati rebat bayaran rendah untuk model Vios dan Hilux serta banyak lagi.

Bahkan, UMW juga akan mempamerkan model baharu Corolla Altis dalam siri jelajah di beberapa buah pusat membeli-belah di seluruh negara bermula 6 hingga 25 Mac ini. Malah turut menyertai pameran tersebut ialah Vios, Hilux, Innova dan Avanza. Bukan itu sahaja, para pelanggan juga berpeluang memandu uji Corolla Altis di beberapa lokasi terpilih.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 002

Untuk siri jelajah ini, UMT turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk direbutkan oleh para pelanggan, termasuklah baucer e-servis bernilai RM500. Malah banyak juga barangan eksklusif Toyota juga menanti kehadiran para pelanggan yang mengunjungi lokasi siri jelajah ini.

Untuk mengetahui lokasi siri jelajah ini, sila layari laman sesawang rasmi UMT di www.toyota.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *