RON 97 naik lagi 5 sen menjadi RM2.90 seliter

By  |  0 Comments

ron-97-rm2-90 039

Nampak gayanya harga petrol RON 97 tidak begitu stabil memandangkan dalam tempoh sebulan sahaja, ia naik lagi. Jika bulan lepas, ia naik sebanyak 5 sen menjadi RM2.85 seliter, harga baharu RON 97 juga kini sudah berubah menjadi RM2.90 ekoran kenaikan dengan nilai yang sama.

Sebenarnya RON 97 pernah berharga RM2.90 seliter selepas ia dinaikkan sebanyak 20 sen pada Mac 2013. Namun beberapa bulan kemudian, harganya diturunkan semula.Dan selepas 2014 menjenguk, nampak gayanya dua bulan berturut-turut harganya naik.

Walau bagaimana pun harga bagi petrol RM95 masih kekal iaitu RM2.10 seliter. Begitu juga dengan diesel iaitu RM2.00 seliter. Tidak seperti RON 95 dan diesel, RON 97 menerima subsidi yang paling minimum dari kerajaan dan harganya kerap kali turun dan naik mengikut pasaran dunia. Jadi tidak hairanlah peningkatan harganya lebih kerap berbanding dengan RON 95 dan diesel.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq