Maserati Alfieri muncul bagaikan bintang masa hadapan

By  |  0 Comments

1

Kemunculannya di Geneva Palexpo semalam bagaikan bintang yang begitu bersinar. Itulah yang boleh diterjemahkan menerusi penampilan Maserati Alfieri, iaitu jentera konsep 2+2 yang membuat kemunculan pertama di dalam pameran tersebut.

Mempertaruhkan DNA ciptaan Maserati, Alfieri mengeksplorasikan gaya bersejarah dengan bancuhan imej masa hadapan yang mengujakan. Alfieri direka di Maserati Centro Stile yang terletak di Turin, Itali dengan diketuai oleh pereka muda, Marco Tencone. Namun projek ini dipantau oleh Lorenzo Ramaciotti bagi memastikan ia menepati cita rasa dan kehendak Maserati sendiri.

3

Tidak ragu lagi apabila melihat Alfieri yang seakan memberikan gambaran untuk model Maserati yang akan datang. Dengan gaya yang penuh anggun dan karakteristik yang sporty, membuatkan kereta konsep sport premium ini mampu menjadi penanda aras bagi kemuncak kejayaan Maserati kelak.

Selepas memperkenalkan Quattroporte dan Ghibli, Maserati kelihatan lebih bercita-cita tinggi untuk menghasilkan kereta sport premium. Apatah lagi melihat respons yang sungguh menggalakkan terhadap permintaan model keluaran Maserati. Dari tahun 2012 hingga 2013, Maserati telah mencatatkan peningkatan jualan sehingga 150 peratus iaitu daripada 6,200 unit kepada 15,400 unit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *