Proton terdesak perlukan modal RM3 bilion untuk produksi model baharu?

By  |  0 Comments

Proton Persona SV

Selepas terpalit sedikit kontroversi ekoran perletakan jawatan Timbalan CEO Proton, Datuk Lukman Ibrahim baru-baru ini, laporan terbaharu mengenai syarikat pengeluar kenderaan nasional seperti mana yang tersiar di dalam akhbar The Star menyebut, Proton memerlukan dana sebanyak RM3 bilion untuk menghasilkan model baharu.

Menurut laporan tersebut, Proton telah mengadakan pertemuan dengan MITI dan Petronas pada tahun lalu bagi memohon suntikan dana yang diperlukan. Di mana Proton telah memperuntukan dana sebanyak RM3.8 bilion dalam pelaburan tersebut sehingga 2017 dan memerlukan lebih banyak dana kapital untuk menjadi lebih kompetitif bagi mencapai sasaran jualan 350,000 unit menjelang tahun 2018.

Malah Proton juga memiliki misi untuk menghasilkan lebih banyak model baharu bagi memenuhi permintaan pasaran termasuklah memproduksikan kenderaan elektrik.

Namun selepas mengalami penurunan jualan pada tahun lalu dan Perodua pula dilihat lebih mendominasi pasaran kenderaan buatan tempatan, membuatkan Proton mungkin ‘sedikit terdesak’ untuk menghasilkan lebih banyak model kenderaan yang mengikut standard masa kini. Termasuklah bakal memperkenalkan kenderaan kompak yang buat masa ini dikenali sebagai ‘Global Small Car’ (GSC) tidak lama lagi.

Dan kontroversi yang melanda kepimpinan pengurusan Proton dengan peletakan jawatan Datuk Lukman, seakan memberikan cabaran buat syarikat ini bagi memastikan mereka masih relevan untuk bersaing maju. Secara tidak langsung ia turut mencabar Datuk Abdul Harith Abdullah yang telah dilantik sebagai pemangku Timbalan CEO Proton untuk merealisasikan impian ini.

Adakah model baharu Proton yang bakal diperkenalkan pada tahun ini seperti GSC, Proton Suprima S MT dan Proton Exora EV mampu mengubah imej Proton daripada terus dikritik dan agak lesu?

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *