Peugeot 308 menangi anugerah Kereta Tahunan Eropah 2014

By  |  2 Comments

Peugeot 308 - European COTY 2014

Peugeot 308 baru sahaja dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Eropah 2014 di Geneva Motor Show kali ke-84. Gelaran berprestij ini hasil daripada undian para wartawan automotif yang mewakili 22 negara Eropah.

Ini merupakan model keempat Peugeot yang pernah memenangi anugerah yang sama. Di mana model 504 pernah memenanginya pada tahun 1969, diikuti pula dengan model 405 (tahun 1988) dan 307 (tahun 2002).

Menerima anugerah ini dari Hakan Matson iaitu ketua juri, CEO Jenama Peugeot, Maxime Picat berkata, “Dengan model baharu Peugeot 308 ini, kami begitu yakin dengan konsep, teknologi dan kualiti yang diterapkan bagi meletakkan ia di tempat yang tersendiri. Malah anugera prestij yang diterima ini turut mengesahkan model keluaran kami berkualiti dan diyakini ramai.”

Diproduksi di Sochaux, model 308 telah dilancarkan di Eropah pada penghujung tahun 2013 lalu. Sejak dilancarkan, ia menerima jualan yang memberangsangkan di seluruh dunia iaitu mencecah lebih 55,000 unit.

Namun selaku pengedar rasmi jenama ini di Malaysia, Nasim Sdn Bhd, bercadang untuk membawa masuk 308 baharu ke pasaran tempatan pada suku pertama 2015 kelak.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, kejayaan ini suatu perkara yang membanggakan kerana berjaya menewaskan hampir 30 model baharu lain dari pengeluar kenderaan Amerika, Korea, Jepun dan Eropah sendiri. Ternyata Peugeot berjaya menandingi jenama Eropah yang lain.

Dengan rangkaian cawangan sebanyak 30 buah di Malaysia, Nasim Sdn Bhd telah membawa masuk model-model Peugeot seperti 208, 208 GTi, 308, 408, 508, 508 SW, 2008 Urban SUV, 3008 SUV, 5008 MPV dan RCZ.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *