Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd dilancarkan – Kilang pembuatan automotif EEV pertama di Malaysia

By  |  1 Comment

PGM-Opening-2

Memasuki usia ke-23 tahun, Perodua melangkah lebih agresif lagi bagi merancakkan perkembangan industri automotif tempatan. Terbaru syarikat pembuat kenderaan ini telah pun melancarkan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB), iaitu kilang pembuatan automotif EEV pertama di Malaysia.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hamzah Zainudin, dengan diiringi oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin, Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa, Pengerusi Daihatsu Motor Co.Ltd, Koichi Ina, Presiden & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Saleh dan Pengarah Urusan PGMSB, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim.

“PGMSB merupakan salah satu inisiatif transformasi utama Perodua untuk menjadi sebuah jenama yang kompetitif di peringkat global iaitu daripada segi kualiti, pengurusan kos dan penghantaran,” ujar Asmat.

Sambungnya lagi, PGSB ini mengetengahkan rekaan, teknologi dan konsep yang berdasarkan falsafah ‘Simple, Slim & Compact’ (SSC) . Di mana ‘Simple’ membawa maksud proses kerja yang mudah untuk difahami dan diimplementasi. Manakala ‘Slim’ pula merujuk pada penjimatan dan pengurangan bahan terbuang dalam semua bentuk. ‘Compact’ pula bermaksud memaksimumkan ruang untuk mengoptimakan produksi.

Dengan kos pelaburan sebanyak RM1.3 bilion, PGMSB mula dibina sejak Mac 2013 dan mula beroperasi pada Ogos 2014. Dengan keluasan 64,000 kaki persegi, PGMSB telah pun memasang 138,000 unit Perodua Axia yang telah dihantar ke semua pelanggan (rekod sehingga Disember 2015).

Malah PGMSB turut banyak menerapkan konsep yang dilaksanakan oleh Daihatsu Kyushu, Jepun. Di mana kilang terbabit banyak menghasilkan kenderaan dalam kualiti terbaik serta kos yang rendah. Daihatsu Kyushu telah mengimplementasikan falsafah SSC dan ia menampakkan keberkesanannya.

Seperti mana Daihatsu Kyushu, PGMSB turut menerapkan sistem ‘jigless’ yang bersifat lebih progesif serta mampu menjimatkan ruang kerja.

PGMSB turut memperkenalkan budaya korporat baharu untuk menerajui pasaran Malaysia, yang mungkin boleh dijadikan contoh kepada syarikat lain.

Menurut Asmat lagi, lebih 260 kakitangan PGMSB telah dihantar ke Daihatsu Kyushu untuk menjalani latihan kemahiran, di samping mempelajari ‘semangat budaya kerja Jepun’.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *