LKSA beri rebat tol 10% mulai Jan hingga Mac ini

By  |  0 Comments

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas) pemegang konsesi bagi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) telah menawarkan rebat 10% kepada semua pengguna lebuhraya ini yang menggunakan sistem pembayaran tol secara eletronik di plaza tol Sri Muda dan Impian. Ia ditawarkan mulai 13 Januari sehingga 12 Mac ini.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Prolintas Datuk Ir Zainudin A.Kadir, sistem pembayaran tol secara elektronik (ETC) akan bermula pada tengahari 13 Januari ini.

“Semua pengguna bagi kelas 1 yang menggunakan pembayaran melalui kad Touch ‘n Go, Zing dan MyKad (yang telah mengaktifkan aplikasi Touch ‘n Go) bakal menikmati tawaran rebat ini,” ujar Zainudin.

Beliau turut berkata, pengguna boleh menebus rebat untuk kad masing-masing di pusat perkhidmatan pelanggan LKSA di kedua-dua plaza tol terbabit antara jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Kenderaan kelas satu merangkumi kenderaan bergandar dua dan empat tayar seperti kereta, van dan trak bersaiz kecil.

Pada Oktober lalu, LKSA turut terbabit dalam kenaikan kadar tol. Di mana kadar tol baharu bagi Plaza Tol Seri Muda untuk kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas menjadi RM1.70, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM3.40, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM5.10.

Untuk Plaza Tol Alam Impian pula, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas naik kepada RM0.90, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM1.80, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM2.70.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *