Mercedes-Benz Malaysia anjur ‘Hungry For Adventure’ hujung minggu ini sempena pelancaran Mercedes-Benz GLC, GLE dan GLE Coupé
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) bakal menganjurkan ‘Hungry For Adventure’ iaitu hari terbuka untuk para pelanggannya mula 15 hingga 17 Januari ini.
Bertempat di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KL Pac), hari terbuka ini adalah sempena dengan pelancaran tiga model SUV baharu iaitu Mercedes-Benz GLC, GLE dan GLE Coupé. Ia bakal berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada ketiga-tiga hari tersebut.
Banyak aktiviti menarik menanti kehadiran para pengunjung termasuklah rock climbing, bungee trampoline, flying fox serta peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
MBM bakal melancarkan model Mercedes-Benz GLC, GLE dan GLE Coupé pada 14 Januari ini di lokasi yang sama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hungryforadventure.com.my dan jangan lupa untuk sertai perbualan dengan menggunakan hashtag #hungryforadventure.