Citroen Malaysia umum kenaikan harga sehingga RM6,000 mulai tahun ini

By  |  0 Comments

Citroen-2016

Citroen Malaysia telah mengumumkan harga baharu bagi semua modelnya, berkuatkuasa 1 Januari 2016. Senarai di atas menyaksikan peningkatan harga sehingga RM6,000 untuk empat modelnya iaitu DS3, DS5 dan Grand C4 Picasso, bagi kedua-dua varian petrol dan diesel.

Harga yang tertera adalah berserta insuran dan kesemua model yang tersenarai adalah model pemasangan tempatan (CKD).

Ds3_FL_Ext_02

Kini, Citroen DS3 berharga RM121,888 (OTR dengan insurans) iaitu meningkat sebanyak RM4,000 berbanding RM117,888 sebelum ini. Ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter VTi 120 empat silinder yang mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 120 hp dan tork 160 Nm. Dengan kotak gear automatik empat-kelajuan, ia juga mampu dipacu daripada 0-100km/j dalam hanya 10.9 saat. Manakala kelajuan maksimumnya mampu mencecah 190km/j.

Bagi Citroen DS5 pula, harganya meningkat sebanyak RM6,000 iaitu menjadi RM194,888 (sebelum ini RM188,888). Model ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan. Jentera ini mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 160 hp pada 6,000 rpm dan tork setingga 240 Nm pada 1,400 rpm.

Citroen_Grand_C4_Picasso_Malaysia_007-850x554

Manakala Citroen Grand C4 Picasso pula, kini berharga RM195,888 (berbanding RM189,888) sebelum ini. Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter pengecas turbo yang mampu memberikan kuasa 163 hp dan tork 240 Nm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.

Pada Sabtu lalu, Citroen Malaysia telah melancarkan Citroen C4 Picasso serba baharu ini yang dijanakan oleh enjin 1.6 liter twin-scroll turbocharger yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 165 hp dan tork 240 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan. Ia dijual pada harga atas jalan RM148,888.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *