Harga bahan api bagi Jan 2016 : RON95 turun 10 sen, RON97 turun 20 sen dan diesel turun 30 sen

By  |  0 Comments

Petronas Primax 97 Euro 4M 002

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, sempena kehadiran Tahun Baru 2016 ini, harga bagi ketiga-tiga bahan apa utama untuk kenderaan di Malaysia dilaporkan turun.

Bagi bahan api RON95, harga bagi bulan Januari 2016 ialah RM1.85 seliter iaitu turun sebanyak 10 sen berbanding RM1.95 seliter pada Disember lalu.

Manakala bagi RON97 pula, menyaksikan penurunan sebanyak 20 sen iaitu RM2.25 seliter berbanding RM2.45 seliter pada bulan lalu.

Penurunan yang lebih ketara pula dilihat pada harga diesel iaitu sebanyak 30 sen. Bagi Januari ini, harganya ditetapkan menjadi RM1.60 seliter berbanding RM1.90 seliter pada bulan lalu.

Ekoran harga bahan api dunia yang tidak menentu, pada 24 Disember lalu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak telah menggesa pihak kerajaan untuk menyemak harga bahan api secara mingguan atas alasan konsep sistem apungan harga terkawal boleh menyebabkan kerugian besar pada mereka.

Persatuan tersebut memberikan alasan, sistem apungan harga yang dilaksanakan sekarang memberikan kesan terhadap jumlah bekalan bahan api yang dihantarkan kepada mereka.

Walau bagaimana pun, sehingga kini, masih tiada keputusan dibuat memandangkan sistem apungan harga terkawal perlu dikaji semula dan belum mendapat sebarang maklumbalas daripada barisan kabinet.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *