UMW Toyota umum harga baharu bagi semua model Toyota mulai Jan 2016

By  |  0 Comments

Toyota-2016-Prices

Carta di atas merupakan harga baharu yang telah diumumkan oleh UMW Toyota bagi semua model Toyota di Malaysia, efektif Januari 2016.

Menerusi carta tersebut, kesemua model dan varian mempamerkan harga baharu yang dilihat mengalami peningkatan (kecuali bagi Camry Hibrid) iaitu antara RM3,170 hingga RM9,598.

Model Vios mengalami peningkatan harga antara 3.2% hingga 4.3%, sementara barisan model Hilux pula paling ketara iaitu antara 5.8% hingga 8.6%.

Hanya satu sahaja model Toyota yang harganya masih kekal dan tiada perubahan (buat setakat ini) iaitu Camry Hibrid.

Pada Oktober 2015 lalu, UMW Toyota telah pun mengumumkan bakal menaikkan harga modelnya mulai 2016, yang didorong oleh kelemahan Ringgit Malaysia berbanding US dollar. Ia membabitkan peningkatan harga antara 4% hingga 16%. Walau bagaimana pun, setelah sahih harga yang diumumkan ini, peningkatan tertinggi hanya setakat 8.6%.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *