Kerajaan belum rancang naikkan kadar tol di lapan lebuhraya

By  |  0 Comments

LDP_Toll_EXTRA

Buat masa ini, tiada sebarang perbincangan mahupun keputusan dibuat di peringkat jemaah menteri berhubung dengan isu kenaikan tol, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya.

Dalam kenyataan tersebut turut menyebut, berdasarkan kepada perjanjian konsesi, sebanyak lapan lebuh raya tersenarai layak untuk menerima kenaikan kadar tol pada tahun depan, memetik laporan Bernama.

Ia turut menyebut, kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM593 juta sekiranya kenaikan kadar tol itu tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Memahami beban kewangan yang ditanggung rakyat ketika ini, membuatkan kerajaan akan berusaha mencari penyelesaian dengan mengadakan rundingan dan persetujuan bersama syarikat-syarikat konsesi.

Dalam proses rundingan, Kementerian Kerja Raya berkata beberapa perkara dan parameter perlu diberi perhatian seperti mengurangkan beban pengguna lebuh raya sebagai pembayar tol, obligasi syarikat konsesi terhadap pemberi pinjaman/ pemegang bon, serta obligasi dan kepentingan pihak kerajaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *