Shell Malaysia lancar Shell FuelSave Diesel Euro 5 – Lebih 10 sen berbanding Euro2M

By  |  1 Comment

Shell-FuelSave-Euro-5-Diesel-6

Shell Malaysia telah melancarkan Shell FuelSave Diesel Euro 5, bahan api diesel baharu yang lebih berkualiti tinggi, lebih penjimatan dan mengandungi tahap sulfur yang lebih rendah.

“Sebagai salah sebuah penjual bahan api utama di Malaysia, pengenalan Shell FuelSave Diesel Euro 5 ini dilihat sebagai salah satu komitmen kami untuk membantu para pengguna mendapatkan bahan api yang lebih berkualiti dan tahan lama,”kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Shell FuelSave Diesel Euro 5 kini sudah boleh didapati di stesen Shell terpilih di Semenanjung Malaysia dengan harga RM2 seliter (setakat ini) iaitu lebih 10 sen berbanding Euro2M.

Shell turut merancang untuk mengembangkan lagi rangkaian bagi memperbanyakkan lagi lokasi stesen minyaknya.

Shell Malaysia turut berkolaborasi dengan BMW Group Malaysia bagi kempen kesedaran tentang betapa pentingnya penjimatan bahan api dan emisi di atas jalan raya.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, “Pengenalan Shell FuelSave Diesel Euro 5 merupakan masa yang tepat dan memiliki spesifikasi yang diperlukan untuk prestasi yang lebih bagus serta penjimatan lebih optimum.”

851335555_11022297072694357326

Sebelum ini, BMW Group Malaysia turut pernah bekerjasama dengan Shell Malaysia iaitu sejak pelancaran Euro 5 pada tahun 2009 menerusi program BMW EfficientDynamics.

Shell FuelSave Diesel Euro 5 yang sesuai untuk semua kenderaan diesel moden menampilkan Active Efficiency Ingredients yang direka khas untuk meningkatkan kecekapan enjin, serta penjimatan bahan api yang lebih optimum.

Bahan api ini juga mengandungi tahap sulfur yang lebih rendah iaitu hanya 10 ppm berbanding 500 ppm bagi Shell FuelSave Diesel Euro2M. Sekali gus ia memberikan sistem kawalan enjin yang lebih optima, serta mengurangkan emisi. Ia turut mengekalkan kebersihan pemancit bahan api dan mencegah pembentukan sisa kotoran.

Buat setakat ini, Shell FuelSave Diesel Euro 5 hanya boleh didapati di lima stesen Shell terpilih iaitu NKVE-Lebuhraya Damansara, Hentian Rehat Tapah, Hentian Sebelah Tanjung Malim, Bandar Ayer Keroh dan Lebuhraya Pasir Gudang 2.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq