Jerman & UK haramkan kenderaan petrol & diesel mulai tahun 2050

By  |  0 Comments

BMW_i3_service_repair_06-e1439955714667

Terbaru, sebanyak 13 kerajaan di negara Eropah dan Amerika Utara telah mengeluarkan kenyataan bakal mewartakan pengharaman kenderaan yang dijanakan oleh enjin diesel dan petrol mulai tahun 2050.

Berita ini dilaporkan secara meluas berikutan persidangan Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di Paris.

Adalah sebagai sebahagian daripada strategi untuk mencegah perubahan iklim dan menggalakkan lagi penggunaan mobiliti yang menyokong alam sekitar. Ia turut bertujuan untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan kenderaan pelepasan sifar (ZEV) di seluruh dunia, terutamanya bateri elektrik dan bahan api-sel kenderaan.

Negara yang terlibat dalam strategi ini adalah termasuk Jerman, Netherland, Norway dan United Kingdom. Malah beberapa negeri di Amerika Syarikat juga menunjukkan minat yang sama termasuklah California, Connecticut, Maryland, Massachusetts, New York, Oregon, Rhode Island dan Vermont. Bukan itu sahaja, Kanada turut meluahkan hasrat untuk menjejaki langkah ini.

Negara dan negeri yang tersenarai ini telah bersetuju untuk menggubal satu undang-ndang baharu untuk mengharamkan penggunaan kenderaan berkuasa petrol dan diesel mulai 2050. Menurut NGT News, pengharaman sepenuhnya kenderaan sebegini dilihat mampu mengurangkan “lebih daripada 1 bilion tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun”.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *